
Babak 7 : Masa.
masa bergerak pantas tanpa disedari.
wanita lokal kini menjadi buah hati.
cinta berputik mesra bagaikan panas di pagi hari.
tiga bulan pertama, segalanya memang pelangi.
...
di mana si dia?
langsung aku tidak peduli.
sesuatu menunggu aku di masa akan datang, tak pernah aku bayangi.
Babak 8 : Hujan di tengahari.
aku sudah boleh jangka.
memang nampak gaya sejak awal muka dia ini memang jenis tak tahan lama punya. jenis pakai buang, ikut suka dia.
aku sahaja yang bodoh.
sudah nampak buat-buat buta. sudah dengar buat-buat pekak. sudah tahu buat-buat amnesia. dek hanya karena cinta pertama.
biasalah, pertama kali nak bercinta. semua salah pun jadi ya.
pada hemat aku dia memang jenis tak berperikemanusiaan sedikit.
cinta lahir dari nafsu dan suka-suka, bukan dari perasaan sayang.
air mata lahir dari pucuk bawang, bukan dari dasar hati.
aku cuba selamati perhubungan ini, namun apakan daya.
dia lain kemahuannya. aku lain kehidupannya. kalau aku teruskan jua, memang aku akan bukan seperti separuh lelaki yang aku selalu jadi (i'm not half the man i used to be). aku jadi lain.
namun demi dia, aku paksakan diri juga.
aku harap dia akan lihat segala pengorbanan aku, dan lebihkan cintanya.
...
tetapi aku rasa dia bosan agaknya.
dia mempermainkan perasaan dan kejujuran ikhlas aku seperti dia mempermainkan perasaan dan kejujuran ikhlas aku.
dia tukar cinta seperti tukar baju. bahkan dia juga tukar baju seperti tukar cinta.
mungkin itu biasa, tetapi jika kita mangsanya, kejam.
aku jadi mangsa.
akhirnya.
setelah 3 bulan aku curah cinta penuh tulus dan suci, akhirnya dia pergi dengan dialog kasual bersahaja.
"fuck you,"
aku tahu aku tak pandai bercinta.
aku tahu aku tak pandai berkata-kata.
aku tahu aku tak mampu hidup sepertimana yang kau suka.
tapi aku manusia.
tapi ini kali pertama.
aku boleh belajar.
aku boleh cuba.
peluang itu kini tiada.
...
aku tunggu.
dan terus tunggu macam orang bodoh yang bodoh. sungguh bodoh.
lama aku menunggu.
30 hari tanpa jawapan.
aku terpaksa telan hakikat ini.
dia bukanlah orang yang dicari.
wanita lokal kini pergi.
Babak 9 : Ya atau tidak.
hidup dalam pemulihan memang sukar.
potongan pertama memang paling terdalam, kata Sheryl Crow. aku angguk kepala tanda setuju.
...
suatu hari tiba.
rakan sepembesaran aku kata dia mahu keluar ke pusat membeli belah kegemaran remaja pusat bandar itu.
oh, si dia turut bakal berada di situ.
aku kini sudah semacam Ricky Martin versi selepas kofesi homoseksualitinya, bersikap kosong terhadap wanita. tak berperasaan.
namun aku ikutkan sahaja.
jikalau aku di Paris mungkin boleh sahaja aku mengambil angin ketenangan di bawah menara Eiffel tanda patah hati malah dirasakan lebih simbolik.
malangnya aku di negara timur. di kala melankolik ini tak banyak perkara yang kita boleh buat pabila patah hati.
ibarat menyewa Astro berjuta saluran hingga ke HD. namun pabila hujan langsung tak berfungsi.
arakian aku bangkit dan mara.
...
aku ketemu si dia.
setelah sekian lama.
aku lihat dia.
tetap seperti dulu.
...
seperti biasa aku cuba bersikap kayu.
rebeliuslah itu kononnya. masih belum pulih dari kesengsaraan percintaan. hendak nampak terseksalah gayanya.
namun dia ajaib,
sikit pun dia tidak menyebabkan aku bersikap emosional, atau tak mampu menerima hakikat kehidupan, atau berprinsip diri seperti aku benci semua wanita.
bila aku bersama dia, aku rasa lain. aku rasa seperti dia ada, sebagai teman, sebagai rakan.
bebas berbicara.
selesa.
gembira.
...
lalu kami luangkan masa bersama.
masih segar di ingatan, tatkala bersama di kedai musik.
kami berbincang tentang musik.
seraya dia kata pada aku, dia suka pada lagu For You I Will.
mari kita lihat apa pendapat hati ego aku berkata.
1. aku kurang menggemari lagu itu.
lagunya sememangnya boleh diiktiraf sedap juga ya, namun dek karena keterlebihanputaran di corong radio inggeris tempatan memaksa aku melabelkan lagu itu seperti demam lagu "Asereje" atau "Macarena" yang cukup diulangmain setiap selang satu lagu di zaman kebesaran mereka.
2. aku ada ragu yang penyanyi itu merupakan golongan homoseksualiti dek karena wajah rupawan yang cukup ayu begitu.
3. sengaja mahu buat entri kali ini mahu tampak lebih panjang, terima kasih.
namun, dari terus membangkang, aku terhenti.
aku tenung mata dia.
tengok dalam bola mata dia yang bulat itu.
aku kata tidak suka, namun tak banyak yang aku mampu perkatakan.
karena, aku terkaku, lihat dia.
tahap kelipan mata berkurang secara drastik. fikiran bermain lancar.
aku nampak sesuatu dalam matanya.
ya, ianya semakin jelas.
aku nampak diri aku sendiri.
diri aku, sedang bermain gitar lagu itu depan muka dia.
...
cis, carut aku sendirian dalam hati.
goncang kepala aku dua tiga pusingan tak penuh sebagai reaksi kembali ke alam nyata.
senyum aku lihat dia. senyum aku atas tiga sebab.
1. aku tidak tahu kenapa aku boleh berfikiran sebegitu. macam orang jatuh cinta pula.
2. aku langsung tidak tahu bermain alat musik. pencapaian terhebat adalah tatkala aku bermain rekorder di zaman alam ria kembali ke sekolah bersama Bata Sparks.
3. aku telah jual gitar yang bapa aku belikan 2 tahun lepas untuk menyara modal untuk membeli sehelai baju t berwarna putih dan bertuliskan ARMY berwarna hitam di hadapan di Kodai Sopan Terminal One Seremban, dengan impian supaya tampak lebih remaja dan bergaya.
maka aku simpan hajat itu.
lalu aku kata pada dia, hey come on let's go, dalam bahasa inggeris secara senafas untuk menampakkan kematangan.
dan aku baru agak sedari yang rakan sepembesaran entah ke mana hilangnya.
pulang.
satu hari lagu itu bakal merubah segalanya.
Babak 10 : Inikah cinta?
sejak dari itu, segalanya berubah.
kekosongan hidup terasa terisi.
testimonial di laman web sosial menjadi tempat hati bekarya panjang lebar, luahkan cerita.
pesanan mesej ringkas di telefon menjadi tempat berkata-kata, di mana-mana.
hubungan ini menjadi semakin akrab. aku sedari hati dia memang tulus.
dia bukan wanita tipikal, bukan wanita biasa.
lagi banyak aku kenali dia, lagi kagum aku padanya.
tiba-tiba keajaiban terjadi, kekuatan, muncul di diri.
aku bertanya pada diri sendiri supaya tampak lebih dramatik, apakah perasaan ini?
ianya bagaikan seketul benih yang dicampak oleh seorang surirumah dari arah belakang tanpa menoleh sedikitpun malah terlupa tentangnya keesokan harinya.
tumbuh, perlahan-lahan.
lama-lama mencipta dahan.
berdiri teguh, membesar dan bertahan.
begitulah aku dan perasaan.
dia bukanlah penghilang kebosanan.
dia bukanlah mainan perasaan.
dia adalah rakan, dia adalah teman.
hatinya rumah, hatinya taman.
di situ aku temui kembali jalan, kembali aman.
bagaikan diriku, tapak sulaiman.
...
dia kata setuju.
pertama kalinya, tanpa apa-apa sebab, aku menjemputnya keluar bersama.
kali pertama.
pertama.
first.
erste.
primero.
Babak 11 : Janjitemu pertama, prolog.
tiga kerja janggal.
1. aku curi kereta Kancil dari rumah dengan alasan hendak ke institusi pengajian atas sebab tertentu dan pembelajaran.
2. aku gunai minyak pewangi berjenama Avon tanpa kebenaran, milik emak kepada diri aku sendiri supaya tampak lebih berkeyakinan dan memberangsangkan. aku memang tak pernah tak perlukan langsung minyak pewangi dalam kehidupan. sampai sekarang.
3. aku habiskan 10 keping kertas berwarna, sebatang glue stick bukan jenis cecair, dan seluruh sepanjang hari untuk mendekorasi kad harijadi siap yang dibeli dari Memory Lane. ya. aku tahu. kad siap sepatutnya hanyalah untuk tinggal tulis nama sahaja kerana semuanya sudah ada. namun aku sental juga usaha. for you i will.
persoalannya,
kenapa aku lakukan semua ini?
karena,
aku mahu dia tidak lupa.
aku mahu dia rasa.
aku mahu dia suka.
aku mahu dia gembira.
aku mahu dia ubah perasaanya.
aku mahu dia.
...
penuh klasiknya aku jemput si dia dari rumahnya. aku disajikan dahulu dengan masakan khas darinya sebagai pengalas perut.
wah, sepanjang seluruh percintaan aku bersama wanita lokal dahulu, tidak pernah sekalipun dia cuba untuk memasak untuk aku, walaupun kaum wanita sememangnya sudah tahu bahawa memasak untuk sang lelaki tentunya amat seksi dan menarik perhatian lelaki terutamanya yang tak berduit.
siapa sangka, si dia, sang pemasak spagheti dan kuah Prego hari itu, hari ini telahpun aku miliki.
pandunya terus ke kawasan janjitemu.
getaran jiwa.
Babak 12 : Janjitemu pertama, pembinaan itu (the build up).
ya.
filem kami tontoni hari itu, bukanlah yang paling romantis.
tapi paling segar diingati.
apa kami lakukan bersama hari itu, bukanlah yang paling dramatis.
tapi paling sukar dilupai.
dan semua yang kami katakan, bukanlah yang paling puitis.
tapi paling hebat dirasai.
...
akhirnya, setelah dipendam sekian lama, letuslah segala pekung dalam diri.
segala kisah cinta tak kesampaian, aku lepaskan mereka pergi.
si dia di hujung sana yang satu lagi, khusyuk mendengari.
matanya tajam, tepat merenungi.
sepanjang bercinta dahulu, belum pernah aku rasai.
si cilaka yang pergi itu, tidak pernah melihatkan pada aku sebegini.
sambil mendengar kisah kesengsaraan aku bercinta, terbit senyuman di pipi.
seksa yang aku tanggung selama ini, tidak lagi aku rasai.
betapa terkesannya, perasaan dan emosi.
bukan sekadar bangun di pagi hari dan berasa seperti P Diddy.
perasaan ini hebat sekali, lain sekali.
renungannya bukan hanya di mata, tapi terus ke dalam hati.
dalam fikiranku, berkata aku pada diri sendiri.
dialah yang aku cari.
dialah yang aku nanti.
she's the one, she's so lovely.
...
hari ini aku pelajari.
dia tidak pernah mengambil kesempatan pada aku ataupun situasi.
dia tidak pernah desperasi untuk mengisi kekosongan hati ini.
dia jujur.
dia ikhlas.
dia hanya mahu cinta itu datang sendiri, setelah kenali hati dan budi.
dia memang perfek.
semasa pulang, berat hati untuk melepaskan si dia pergi.
namun kad itu menjadi pengganti diri.
aku berdoa agar dengan itu keikhlasan hati aku pada dia, bakal dia sedari.
aku lihat dirinya semakin mengecil dari cermin pandang belakang, sehingga kelibatnya tak wujud lagi.
namun yang tak akan mengecil sehingga tak wujud lagi, pastinya memori hari ini.
...
pulang ke rumah dengan pemanduan yang amat merbahaya.
dilarang memandu tanpa berhati-hati.
aku pandu sahaja seperti orang tidak ada hati.
peduli apa.
hati aku telah dicuri.
Babak 13 : Janjitemu pertama, kesudahan.
selang lima hari, tiba hari lahirnya.
kad yang ditunggu, kini boleh dibuka.
aku gembira yang dia gembira.
aku suka yang dia suka.
sekarang,
harapnya, dia cinta aku, yang aku cinta dia.
...
malam itu, hatinya hantar pesanan pada aku.
dalam ingatan samar aku, dia beritahu,
"Troubles might hurt you but, you know where to share.I lend you my ears, you know that i care."
sentuh hatiku, Farah Fazanna.
+new.jpg)
bersambung, episod akhir akan datang.
p/s : in memory of first date, 24th august 2006.
currently into : Holly Conlan - Ok
flip flop flap flup


