
(definisi terbaik untuk perkataan menawan)
ini kisah cinta aku.
kisah cinta ini bukan kisah hebat letup-letup, mendaki gunung mencari bunga misteri atau tikam naga tepat pada tekak di mana terletaknya hempedu penghasilan bara api sebelum menyelamatkan sang puteri di istana tak berpintu dengan memanjat rambutnya. bukan.
bukan juga kisah cinta Taylor Swift tentang Romeo Julietnya sebelum dihentam keras oleh lelaki gemar sangat berperangai Barat iaitu kurang kesopanan, sesuai dengan namanya, Kanye West. juga bukan.
ini kisah biasa bagi kau.
bagi aku, inilah kisah letup-letup aku. inilah kisah mendaki gunung mencari bunga misteri aku. dan inilah kisah cinta fantasi apapun.
ini kisah aku, dan dia.
kisah aku tentang perempuan yang berjaya memenangi segalanya, bukan sekadar hati, namun organ lain yang juga dikira penting seperti jantung, paru-paru, otak dan pemikiran aku.
...
dia datang bukan meminta.
aku datang bukan mencari.
maka bak petikan yang diambil dari filem 500 hari dalam musim panas, tiada apa yang ditakdirkan, sebaliknya segalanya hanyalah tulen kebetulan (pure coincidence).
kepada farah fazanna.
this may not be the sweetest, as i can't write anything sweet like you do, but this one comes straight from my heart, just for you.
selamat ulangtahun ketiga.
...
Babak 1 : Cinta pandang pertama.
latar masa - awal 2004.
pertama kali aku terjumpa dia, secara rawak. terus terhenti, terkunci mata.
aku tenung wajah dia. aku lihat mata dia dalam-dalam. aku kagum sendirian sambil tepuk peha sendiri dengan momentum yang besar nilainya untuk menampakkan keterujaan diri.
kulitnya putih berseri, senyuman sehebat iklan ubat gigi.
sungguh menawan.
aku tertarik.
namun aku pasti, walaupun matanya melihat aku, aku yakin dia sedikit pun tidak mempedulikan aku berdasarkan mimik muka dan ekspresi statiknya itu setelah sekian lama aku cuba dapatkan perhatian dia. aku sedar siapa diri aku, aku hanyalah insan biasa, namun itu sedikit pun tak menghalang aku. wajahnya masih stabil.
maka aku tutup terus laman personal Friendsternya itu sejurus selepas seketika.
wajahnya masih terpateri di ingatan (sumpah sudah setahun aku ingin menulis dengan perkataan 'pateri' dalam percintaan namun akhirnya).
namun aku simpan dalam hati.
aku berbahasa inggeris dalam hati tanda keyakinan.
"I want you."
Babak 2 : Aku sentiasa tahu kau walau kau tidak tahu aku.
latar masa - sekitar pertengahan 2004.
sejujurnya, ketika ini aku hanyalah remaja lepasan puberti yang dikongkong kehidupannya di penjara pelajaran ciptaan kementerian pendidikan di mana 5 tahun kehidupan aku hanyalah dikelilingi golongan kaum sejenis bersosej.
secara serius aku tertekan.
aku akui, desperasi (desperation) menguasai diri.
ingin di hati bertemankan seorang puteri, peneman diri yang separa mati.
namun apakan daya, jangan kata berpeluang untuk mengenali,
untuk berada di depan mata pun tak mampu dilihati.
cis. berseloka pula aku seketika. namun begitulah hakikatnya di sini.
sumber perempuan yang ada hanyalah tenaga pengajar, dan makcik yang bertugas di dewan makan. namun semuanya telah berusia, dan pastinya, ramai yang berpunya. sumber wanita lain yang boleh dikenalpasti adalah watak kartun wanita
betullah kata orang tua, internet sememangnya dunia tanpa sempadan. maksud aku di sini orang tua yang mengikuti perkembangan teknologi lah ya.
aku temui blog dia.
(nota : ketahuilah ketika ini, tiada siapapun tahu apa itu blog. jangankan ketahui fizikalnya, hendak menyebutinya pun sangat sukar ketika itu. aku pernah terlintas di fikiran yang blog itu merupakan bahasa Latin bagi diari harian)
dari situ aku cuba kenal dia. aku cuba kenali siapa dia. aku cuba ketahui siapa sebenarnya dia. oh bukan dia sahaja, juga Tegan & Sara.
dari situ aku aku cuba selami perasaan dia.
namun aku tak pernah kenal siapa dia. aku hanyalah seorang penyelinap misteri sesenyap (i've been dying to translate this word, stalker).
teringin untuk kenali dia secara realiti, personali (personally).
namun aku simpan dalam hati.
aku berbahasa inggeris dalam hati tanda keyakinan.
"I want you."
Babak 3: Pertemuan pertama.
latar masa - awal 2005
lelaki gemar berkongsi cerita tentang wanita ketika mereka masih dalam kategori individu (when they are still single).
dan kata-kata yang terpacul dari mulut rakan sepembesaran aku ini cukup merubah segalanya.
tiga perkataan dari mulutnya ini mampu merubah seluruh dunia, menamatkan segala perang, menghilangkan semua kesengsaraan, dan memberi sinaran harapan kepada seluruh dunia.
"aku kenal dia, doh!"
(doh tidak dikira sebagai perkataan karena ianya merupakan kata ekspresi, tiada hubungkait dengan pernyataan yang dibuat, hanya menguatkan dan mengemfasis fakta yang disuarakan)
cukup mengharukan bukan? sila setuju wahai pembaca.
maka satu hari, mereka berdua merancang untuk bertemu. aku turut serta untuk merampasi peluang keemasan ini.
peluang pertama bertemu dengan si dia.
...
barangkali kau semua rasa pertemuan kali pertama kau dengan orang tercinta dahulu dipenuhi dengan perkara romantika seperti bunga-bungaan di taman, lagu balada rentak irama melankolik nyaman, bayi-bayi berlarian berkeliaran, mahupun lilin aromaterapi peningkat keinginan.
aku peduli apa.
6 perkara yang aku bakal sebuti ini adalah perkara yang aku alami ketika enkaunter pertama sekali (first ever encounter) dengan si dia.
McDonalds sesak di Kajang, aku berpakaian ala Skater Boi, dia sekembali dari program Islamik di Convent, dia berbaju kurung biru, aku gemar mengintai wanita lalulalang di tetingkap luar, dia pandang aku seperti aku kurang layanan wanita.
cukup memorabilia.
aku boleh sahaja buka mulut dan cerita segalanya yang aku tahu tentang dia, karena aku pasti pengetahuan am aku tentang dia cukup banyak dan impresif namun aku sedar yang mungkin perkara sebaliknya akan berlaku selain dia kagum dengan prestasi aku di hari pertama.
mungkin dia akan takut pula dengan aku karena aku tahu banyak perkara tentang dia sebelum aku kenali diri dia yang sebenarnya. itu perbuatan yang hanya diamalkan oleh pembunuh bersiri atau lelaki pedofilik.
maka aku berlagak sejuk sahaja (act cool).
akhirnya, kami semua pulang.
aku rasa dia tak tertarik pun dengan aku langsung hari ini. cis.
aku hendak buat apa lagi.
namun aku simpan perasaan dalam hati.
aku berbahasa inggeris dalam hati tanda keyakinan.
"I want you"
Babak 4 : Kosong.
latar masa - sepanjang 2005
tajuk pun sudah sebegitu. maka kosonglah ceritanya.
kosong hati.
kosong perasaan.
kosong ingatan.
barangkali kesibukan pembelajaran menyebabkan aku terputus hubungan dengan dia.
Babak 5 : Epilog baru hendak kenal dunia.
latar masa - tamatnya persekolahan
penjara pelajaran dibuka.
banduan berilmu dibebaskan.
otak penuh dengan buku biologi siap hafal biografi penulisnya di kulit belakang, namun sayang, apa yang aku tahu sangat tentang dunia luar.
apa sangat yang aku tahu tentang kehidupan sebenar.
apa sangat yang aku tahu tentang wanita.
apa sangat yang aku tahu tentang cinta.
...
dalam perkembangan hidup aku masa ini aku telah bercinta dengan seorang wanita lokal (tempatan, atau boleh didefinisikan sebagai perempuan setaman perumahan).
boleh dikatakan cinta pertama aku.
karena ini kali pertama aku rasakan perhubungan yang serius.
bagi aku serius. tak tahu lah bagi dia serius atau tidak. dia tinggalkan aku macam itu sahaja. macam tak serius bagi dia. namun peduli apa aku. cerita lain.
ketika ini aku banyak meluangkan masa dengan rakan sepembesaran.
aku dapati, yang rakan sepembesaran ini ada hati dengan si dia.
namun aku pula terus pelajari diri si dia dengan lebih mendalam.
aku ikuti blognya, sungguh mendalam (so deep).
aku goyangkan kepala ikut rentak Take Me Anywhere - Tegan & Sara, Elevator Love Letter - Stars, dan juga Incomplete - Backstreet Boys.
aku selami isi hati dia.
...
satu hari rakan sepembesaran rasa kecewa dengan diri sendiri. dia kurang optimistik diri dan rasa yakin untuk menambat hati si dia. dia mati akal, lalu serahkannya kepada aku untuk melihat apa yang aku mampu.
dengan samaran nama rakan sepembesaran, aku saling bertaipan
aku tahu apa dia suka, aku tahu tentang dia.
aku dapati dia ada satu macam perasaan suka pada sikap aku yang tahu tentang dia.
namun jangan lupa, ini hanyalah penyamaran.
Babak 6 : Kembali.
latar masa - 14 Februari 2006
sekembalinya aku bertemu dia setelah sekian lama.
hari itu, aku nampak dia depan mata. akhirnya.
ada 7 orang semuanya, namun melihatkan dia seorang, aku semacam teringat kisah lama.
namun bertemankan wanita lokal, aku jadi buta. aku jadi lupa. aku tak peduli apa-apa. aku sibuk hanyut dibuai cinta pura-pura. aku alpa tentang dia.
hari valentin, 2006.
bukan main lagi aku seronok. pipi conteng-conteng simbol hati. namun hati wanita lokal itu siapa yang tahu (sekarang baru aku tahu dia langsung tidak ada perasaan pun ketika itu. aku sahaja yang seronok bertepuk sebelah tangan. mungkin sebelah kaki sekali karena aku rasa sekarang yang aku betul-betul syok sendiri tatkala itu).
hari itu dirasakan meriah.
kami semua bergembira sepanjang hari.
aku lihat si dia.
dan aku kenali sifatnya, yang di mana jika dia tidak suka atau tidak mahu melakukannya, dia tetap kekal dengan pendiriannya.
dia tidak rasa perlunya bermain bowling. maka dia tidak sertai kami langsung. namun dia tetap gembira melihatkan kami bergembira.
dia gembira. dia tangkap banyak gambar untuk kami.
...
akhirnya kami perlu pulang. hari sudah petang. jemuran mungkin sudah kering agaknya.
sahabat sepembesaran aku itu buat gila. dalam menaiki keretanya, masukan pertama, kami duduki ikut susunan cinta.
aku dan wanita lokal di belakang.
maka, sahabat sepembesaran duduk di kawasan pemanduan, dan melihatkan kepada si dia, dan terus katakan, cintanya kepada dia.
aku terkejut melihatkan perlakuan drastik itu.
wanita lokal pun.
si dia pun.
namun tiada jawapan diberikan. si dia kata dia perlukan masa.
...
perjalanan pulang menghantar si dia pulang ke Bukit Subang menjadi sedikit ganjal (awkward). sunyi sepi tanpa kata. wanita lokal mengekalkan status diri tak berperasaan. sahabat sepembesaran kelu dek tindakan mengejut tak berjawapan. si dia
entah bagaimana, aku minta telefon bimbit Samsung klasik milik si dia.
aku taip pada ruangan teks ringkasnya secara berahsia. aku berikan semula kepada si dia.
aku tanya dia, kenapa tidak katakan ya sahaja?
dia balasi dengan cara yang sama. menaip pantas dan berikannya kepada aku semula.
dia kata dia tidak bersedia.
sekarang aku sedar, jawapan itu juga jadi sebab utama kenapa kami berada di sini sekarang.
...
bersambung esok.
p/s : dalam kenangan, telefon bimbit Samsung yang memainkan peranan penting dalam fasa perkenalan kita. telah pergi setelah tertinggal di dalam komuter setelah kita keluar bersama ketika masih muda.
currently into : Tears In Heaven - Eric Clapton
flip flop flap flup



2 komentar liar cuba mengintersepsi:
flipo, tahniah for ur 3rd anniversary. yay. :D
btw, kenape lagu tears in heaven. sedih siot. lagu tu da la pasal anak mr eric clapton yg mati, so mr eric buat lagu ni supaya die dpt jumpe anak die kat syurga. huhu
ok,x perlu haru lebih2. haha. follow la blog aku gak. cheers! :)
thanks lina for reading and your wish too ;)
haha that song got nothing to do with this story or whatever to make sense with the story.
it's just something that i am currently into. so there it is.
flip flop flap flup
Post a Comment