Thursday, February 18, 2010

menaip sesuatu sambil mendengar secara stereo

(susunan dalam gambar adalah secara rawak. tidak diagihkan mengikut tona warna)

meminta maaf kepada pembaca karena sudah lama tidak menulis adalah suatu stereotaip yang cukup hambar dan boleh dilabel sebagai penulis picisan jika seringkali diulangtulisi dalam nukilan.

dan aku rasa begini juga.

menghina penulis yang gemar mengutuk perbuatan meminta maaf (seperti di atas) karena sudah lama tidak menulis juga kini boleh dikategorikan sebagai suatu stereotaip yang cukup hambar dan boleh dilabel sebagai penulis picisan.

begitulah. stereotaip dan manusia.

stereotaip adalah penting untuk mengenalpasti identiti atau sebagai langkah awal berjaga-jaga untuk menjangka keadaan seseorang itu.

namun stereotaip hanyalah bercirikan samar-samar dan rawak, di mana di dalam kebanyakan kes, ianya tidak boleh dianggap 100% benar dan apatah lagi menghakimi insan yang distereotaipi itu.

...

hasil berada di negara barat dan memperluaskan persahabatan dengan manusia pelbagai spesis, akhirnya aku dapat rumuskan beberapa stereotaip yang seringkali dilempari di sekeliling aku.

1. Orang Asia mesti mata sepet.

apabila benua terbesar di dunia telah direstriksikan (restricted) hanya kepada China, Korea dan Mongolia, beginilah yang akan berlaku.

2. Orang Jerman mesti semua kuat minum bir.

apabila negara mereka menjadi pengeluar bir terpalingvariasi di dunia (paling banyak jenama maksud aku di sini) maka semua orang buat asumsi (assumption) sebegitu.

aku rasa bekas teman sebilik aku dari sebuah negara majoriti penuh islam di utara Afrika sebelum ini meneguk secara purata tiga kali ganda lebih galak daripada orang barat itu sendiri jika dalam prestasi terbaiknya.

dan baru-baru ini kawan-kawan baru aku dari negara Arab di Timur Tengah mempamerkan aksi teguk secara konstan dan kerap, jauh lebih hebat dari aksi Fasha Sandha pergi ke kelab malam.

3. Orang Amerika mesti tak mahu cakap bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris.

bergantung kepada jenis manusia juga. bukan semua.

mungkin ada sesetengah manusia dek karena status diri yang telahpun tertulis dibesarkan di Orange County maka tak mungkinlah tunduk kepada orang lain atau memalukan diri sendiri dengan apa jua cara sekalipun.

marilah (come on).

orang melayu kasual sahaja. mengaku damansara habis. tapi dengan tanpa segan silunya cuba berbahasa internasional dengan aku untuk menambahstatus diri.

"oh flip, kereta i destroy lah semalam..."

"maksud u dalam bahasa ibunda?"

"kereta i rosak la! apa u ni itu pun tak faham"

tuuuuut. talian terputus.

aku menarik nafas lega karena aku rasa berkeyakinan bukan aku yang buat salah dalam kes ini.

4. Orang Eropah mesti kuat bersetubuh.

apabila televisyen dan media massa menguasai minda kelas ketiga, dan juga pengaruh rakan beragama yang sering menghasut minda masyarakat naif dan tidak tahu apa-apa. itu semua permainan dunia. jangan mudah percaya.

mereka bukan binatang buas di perkarangan rumputan Safari.

sekurang-kurangnya mereka tidak buat seks di tepi tangga, atau mencium buah dada wanita di dalam komuter penuh dengan masyarakat pelbagai kaum.

oh. juga beraksi di dalam keliaran (wilderness) seperti Lubuk Tupah.

5. Orang Jerman mesti bawa kereta BMW atau Mercedes sahaja.

bukan semua orang di negara ini pun juga turut gilakan Perniagaan Tingkat Berperingkat (Multi Level Marketing) macam di negara asal ya? sedikit-sedikit mahu bawa kereta BMW untuk menarik pelajar tipikal melayu yang gemarkan kekayaan serta merta tanpa berusaha.

mereka pun ada sahaja golongan turun ke bumi (down to earth). orang melayu sahaja suka berangan bagaikan mereka yang cipta BMW X6 dan orang Jerman yang mencipta Proton Juara.

6. Orang berkulit Hitam mesti bergenital panjang.

apabila rakan aku dari Afrika terus disapa mesra dan diciumpipi oleh wanita-wanita rawak yang tidak ada intensi untuk bertanyakan nama untuk berkenalan, maka aku tahu apa yang mereka inginkan.

7. Orang Asia mesti bergenital pendek.

ini pula berlawanan ya.

maka lahirlah industri kecil sederhana yang menumpukan tentang hal pemanjangan alat kelamin atau mengetatkan kembali mana yang telah kendur yang penuh memenuhi dada-dada akhbar tabloid seksual tempatan, Harian Metro.

8. Orang Arab mesti panas baran sikapnya.

terima kasih kepada musim sejuk. mereka kurang sedikit panas-panasnya.

ada kajian saintifik mengatakan keadaan ini dipuncakan oleh faktor cuaca dan geografi muka bumi yang serba panas dan terik, menyebabkan tekanan dalam diri mudah meningkat secara drastik.

namun aku yakin di sini, mereka mudah ditenangkan dengan air, bukan air sembahyang. tetapi air memabukkan.

9. Orang Argentina mesti semua pandai main bolasepak.

kasihan bagi kaum wanita.

yang punya lembut lemah gemalai pun dipanggilnya Maradona depan muka dan dipaksa timbang bola selama tiga minit tanpa henti.

10. Orang Amerika mesti suka cakap lepas (dari segi menyumpah seranah atau memberikan pendapat).

negara mereka memanglah cukup terkenal dengan Freedom of Speech dan sebagainya.

namun itu amatur lagi. mahu kebebasan bersuara peringkat tertinggi? pergi ke kampung-kampung di Melaka.

11. Orang Asia mesti kena makan nasi setiap hari.

ini paling rutin. tapi hendak buat bagaimana, ianya sememangnya terbukti adalah fakta.

namun kalau pergi ke Burger King atau Subway, walau apapun sahaja yang aku tempah di kaunter dan kemudian mereka beri aku set penuh dengan nasi sahaja, itu memang cari gaduh.

12. Orang Jerman mesti tidak pandai bahasa Inggeris.

apabila kau ingin berlagak di mana kau boleh cakap lancar seperti pembaca berita Nightline di stesen televisyen swasta terkenal tempatan, kau perlu berjaga-jaga.

orang tua pernah berkata, tidak semua orang Damansara bersikap habis urban. maka berdasarkan pepatah ini kita perlu sedar kewujudan yang adanya golongan yang tentunya lebih hebat.

13. Orang macam aku mesti dituduh dan dilabel melulu sebagai good looking.

aku pun kadang-kadang tidak faham.

rasa tertekan pun ada namun menurut pelbagai nasihat, cara terbaik adalah untuk mengendahkan sahaja tohmahan masyarakat secara liar sebegini.

okay. maaf.

aku tahu.

seriusli tidak lucu.

currently into : Mushaboom - Feist

flip flop flap flup

7 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

membayangkan perkara nombor 9 adalah seronok.

DJ Flea said...

very nice. i like this one a lot. stereotypes...there hella funny stereotypes over in states too...orang german kuat minum beer, beer cam air kosong je.haha.asian w/ small penis?haha...salah tu flip. salah bangat.haha

e-zul Iswhat said...

siapalah kita tanpa stereotype.

Aidilf Nordin alias Flip said...

gelumang : kau angau. serius.

pijat : it's good to have these stereotypes labelled on you. you know why?

when the time comes, they will get extremely surprised to see that all their thoughts on you are absolutely wrong.

i know you have THAT potential ;)

ezul : tunggu. bakal tiba dengan stereotaip khas untuk orang melayu pula :)

flip flop flap flup

keepitsimpl3 said...

kereta i destroy...???
level of confidence dia memang tinggi.

"kereta i rosak la! apa u ni itu pun tak faham"...WHAT?sabar je lah.
putuskan talian tindakan yg bijak.

MK said...

Haha crazy pulling la your writing (giler menarik ah tulisan awak) ^_^

It's always an entertainment to labeled people, but we refuse to be labeled ourself.

No 11 is so true, though.

Aidilf Nordin alias Flip said...

keep it simple : bukan i yang hung up. she did. i think she just realized that DESTROY didn't really belong to minor car failures.

MK : kau ini. itu memang asas.

lelaki yang gemar melabel diri sendiri ini sering digelar lelaki pelabel.

wanita juga. bagi wanita pula mereka selesa digelar wanita pelabel.

saja bagi kau tak faham. haha.

flip flop flap flup