Thursday, February 4, 2010

love is friendship set on fire


wanita ini memang ajaib.

atas sebab-sebab inilah aku mamu bertahan dengan dia dengan sungguh lama. kualiti ini aku berani jamin, sukar untuk dicariganti dalam diri wanita lain.

jikalau kau ingin tahu bagaimana kagumnya aku dengan wanita ini, kau boleh analogikan seperti situasi watak Ray bawaan Colin Farrell sedang cuba untuk menarik hati seorang wanita Eropah, Chloe (Clemence Poesy) dalam filem In Bruges, di mana Ray akan terpegun melihat cara perempuan itu membaling kad nama ke arahnya tanpa melihat sedikit pun menoleh. sungguh seksi sekali keadaan itu.

lantas dia secara ikhlasnya kagum, lalu seraya berkata,

"How fucking cool,"

...

1. muzik dan dia.

masakan aku tak tertarik hati.

ketika semua orang sedang hanyut dibuai arus perdana dengan lagu lelehan percintaan di zaman persekolahan, dia muncul dengan citarasa muzik yang cukup aneh namun menakjubkan.

mana tidaknya, sedang semua sibuk menangis sambil menyanyikan lagu "Shape of My Heart" sambil tersedu kesedihan, tanpa sedikitpun tertinggal bahagian penarikan suara tona tinggi Brian Littrell, dia hanya kelihatan sungguh bergaya dengan mendengar lagu "Elevator Love Letter" dari sebuah kugiran dari Kanada, Stars.

sedang semua wanita remaja tipikal di alam persekolahan sibuk hendak mempamerkan kerebelan diri dengan menyerlahkan belahan kegelapan (dark side, jangan fikir lain ya) dalam diri dengan mendewakan kugiran-kugiran seperti My Chemical Romance atau Green Day untuk kelihatan habis memberontak, dia hanya mendengar album So Jealous oleh Tegan & Sara untuk menjadi sungguh bergaya.

ternganga kekaguman.

masa itu kaset Westlife - Asian Special Edition masih aku genggam erat di tapak tangan kanan. berpeluh seketika.

dan sampai sekarang pun, kebanyakan deria rasa muzik pelik aku dirangsang oleh wanita ajaib ini. ramai yang tanya aku mana aku dapat sumber lagu-lagu berkualiti yang tidak penah didengari ini.

aku kata, tanya dia.

how fucking cool.

2. kehidupan dan dia.

ajaib betul aku dengan dia ini.

setelah aku kenal dia sekian lama, aku dapati yang dirinya ada satu macam pendirian, di mana kalau dia tidak suka, dan dia rasakan tidak perlu, dia tidak akan lakukannya.

daripada membuang duit dengan melakukan aktiviti tipikal insan bercinta seperti berbowling, berkaraoke, mahupun berluncur ais (alasan termudah untuk berpura-pura tersentuh organ rahsia pasangan, cukup lemah), dia lebih suka melakukan maraton filem, ataupun berbual mesra tentang kehidupan di restoran sambil makan sepuas hati.

daripada menari tidak tentu hala di kelab malam semata-mata untuk mendamansarakan diri di mata teman lelaki, dia lebih selesa untuk mengambil langkah ketenangan di taman-taman ataupun di tepi pantai dan mendengar aku cuba bermain gitar lagu-lagu yang dia suka.

how fucking cool.

3. penulisan dan dia.

kemahiran menulis dia mampu membuatkan si penerima akan menangis keterharuan seikhlas mungkin tanpa bantuan bawang sekalipun.

cara dia menulis memang unik.

manis (sweet), kecintaan (lovely) dan sangat jujur. berapa kali aku pernah cuba menulis secantik dia, ataupun hantar kembali terus apa yang dia tulis namun tetap juga gagal. memang ajaib.

dan dia telahpun menulis blog sejak dari zaman persekolahan, yakni awal tahun 2000-an. ketika itu kebanyakan daripada kita masih leka di alam Friendster atau berjinak-jinak dengan enjin pencarian Lycos atau Bluehyppo.

ketika aku baru ingin mula menuliis blog, dia sudahpun malas nak menulis lagi.

how fucking cool.

4. stereotaip dan dia.

dia bukan wanita biasa, dan tentulah bukan makhluk mutan.

dia hanya menulis aku sebagai aku dan bukan ak.

dia tak perlu berbahasa W seperti "eewww youw jawngawn buwat mawcam tuw, i tawk sukeww" semata-mata untuk kelihatan ekstra comel dengan menganimekan diri seperti watak manga Jepun.

dia tak pernah bergambar di depan cermin tandas awam kompleks membeli-belah terkenal di negara asal dengan menggunakan kamera berkapasiti rendah dari telefon bimbit. tidak juga mengenakan pakaian yang berbukit-bukit di bilik pemakaian (dressing room) untuk dipamerkan sebagai gambar utama di laman sosial maya karena tidak cukup wang untuk membelinya terus.

dia tak perlu sedaya-upaya mendamansarakan diri untuk menaikkan status diri.

ya. tanpa perlu ke Euphoria sambil memanjat pagar UiTM dan mengenakan legging kendur sambil memandu kereta Kancil Turbo berpelekatkan Roxy atau Ministry Of Sound untuk kelihatan sungguh urban dan atas kepada tarikh (up to date).

how fucking cool.

5. hati dan dia.

ini adalah sebab utama.

tak pernah ada orang yang mampu merealisasikan kepada aku maksud sebenar, aku cinta kau jalan mana kau sedang (i love you the way you are) selain daripada wanita menakjubkan ini.

perhubungan sebelum ini hanyalah ibarat seperti pelacuran yang hanya datang dan pergi, namun aku tak maksudkannya secara literal karena belum pernah aku dilacuri atau melacuri. namun begitulah analoginya.

hati dia memang suci.

hati dia memang jujur.

dan hati dia memang agak pelik dalam cara yang menarik (awkward in an attractive way).

how fucking cool.

...

sudah lama bercinta.

namun hari-hari dia buat hati aku bercakap-cakap cinta tentangnya.

kesimpulannya, dia sentiasa menjadi dirinya sendiri.

dan dia sayang aku pabila aku menjadi diri aku yang sendiri.

how fucking cool.

currently into : Secret Heart - Feist

flip flop flap flup

10 komentar liar cuba mengintersepsi:

Anonymous said...

very sweet.
keep ur love going.
its good to see there are people like you still around.
wishing u all the happiness in the world.

unpredictable said...

very well written. incredible. awesome! you are very lucky to have each other in this way of thinking.

sgt jujur. sgt ringkas. :)

smoga berpanjangan ke jinjang pelamin. :)

hanafijaafar said...

persoalannya sekarang, dari mana beliau pula mendapat sumber-sumber lagu enak itu?

Aidilf Nordin alias Flip said...

anonymous : thank you. i might think of all these as THE TRUTH, rather than SWEET, because i just wrote the truth about her :)

or maybe THE TRUTH is, she is REALLY SWEET.

unpredictable : thank you too, love is always beautiful when we express it with full of honesty, no matter how weird the way we portray it.

hanafi : banyakkan berdoa, nanti turunlah petunjuk itu.

flip flop flap flup

NadiaM88 said...

she really has good taste in music huh! with stars, tegan & sara. i'm sure she listens to explosions in the sky, kings of convenience and such too kan?she's lucky to have you & you are too.

Shiva said...

i think i haven't commented anything on your blog before, but this is simply fucking cool...

damn, my german is not that good to write something like this
(you know what i mean ;-) )

DJ Flea said...

dude. very ikhlas. i like it.
im ashamed for not knowing her though ure my best friend. im pretty sure ill meet her one day..introduce me to her bro!

you had me at hello said...

Nadia,

YES YES YES, finally ada jugak orang tahu explosions in the sky! and mogwai?

Aidilf Nordin alias Flip said...

nadia : she's so cool. cooler than polaroids with endless films :P

shiva : haha. sungguh mendalam maksud reply kau itu. anyway i think based on your extreme potential nowadays, im pretty sure u can write that.

pijat : oh man. she told me, she would love to :) but as return mesti susah kan sebab kau macam tukar girlfriend every 3 days :P

just teasing u up bro.

you had me everywhere : i know who u are ;)

flip flop flap flup

Anonymous said...

damn..i like the way u write..i just love it..