Saturday, February 20, 2010

lapik semula baik-baik

muzik sememangnya sesuatu yang abstrak dan subjektif.

tiada sesiapapun boleh kata muzik itu mereka yang punya, karena jikalau kita boleh mengaplikasikan penggunaan matematik tambahan topik teori kebarangkalian dan ilmu muzik, kita akan dapati adanya berbilion kombinasi nada dan tona yang berbeza mampu dihasilkan.

namun begitu, wujudnya lagu-lagu nyanyian semula walaubagaimanapun.

buat kembali (re-make) atau lapik semula lagu (cover songs) sememangnya ada dan cukup baik untuk menentukan kredibiliti sesebuah kugiran atau penyanyi itu.

memanglah mudah untuk hanya menyanyi semula lagu-lagu yang telahpun ada (dan kebiasaanya lagu yang dilapiki ini majoritinya memang lagu yang sudahpun meletup) namun bukan semua nyanyian semula mampu memperilakukan kahakiman (do the justice) kepada lagu asal.

berikut adalah lagu-lagu lapikan pilihan terbaik aku.

(senarai berdasarkan lagu-lagu yang aku pernah dengar dan berputar semasa aku masih hidup dan menjalani hidup. janganlah pula minta aku senaraikan lagu terkenal zaman rambut sarang lebah seluar kembang pula ya)

...

1 Mairi Campbell & Dave Francis - Auld Lang Syne
(dendangan asal : kurang dikenalpasti)


ini merupakan lagu rakyat yang cukup terkenal dan kekeluargaan (familiar) jika berlakunya situasi perpisahan.

lagu asalnya sudah sememangnya sedih.

mereka buat lagi semakin sedih dengan cara mereka tersendiri. sedih kuasa dua, hebat.

2. Nicole Atkins - Blue Christmas
(dendangan asal : Ernest Tubb)

MAAF, VIDEO GAGAL DITEMUI.

SILA CARI. JANGAN LAYARI LAMAN WEB LUCAH PULA.

dalam banyak-banyak tema lagu yang boleh dilapiksemula, sudah tentulah lagu raya yang paling kerapkali dilapiki.

namun lagu ini merubah persepsi aku terhadap lagu lapik raya (yang biasanya aku yakin semakin moden, semakin hina lagu itu menjadi - terutamanya lagu raya di negara asal).

sungguh ajaib. rif gitar solo pada jambatan (bridge) di pertengahan lagu mengembalikan keklasikan lagu asalnya.

Elvis Presley pernah menjadikan lagu ini meletus. maka dia perlu bekerja keras dalam melaiki ini.

hasilnya, hebat.

3. Meaghan Smith - Here Comes Your Man
(dendangan asal - Pixies)


versi asalnya memang aku cukup minat. memang hebat. dan cukup terkenal suatu masa dahulu. maka tanggungjawab penyanyi lapikan memang cukup besar.

dia berjaya mencomelkan lagu ini dengan caranya tersendiri.

4. The Postal Service - Such Great Heights
(dendangan asal : Iron & Wine)


kehebatan versi ini (yang juga diubahsuai genrenya kepada elektronik) menyebabkan aku langsung tidak peduli ada lagu asalnya.

dan mampu membuatkan Owl City nampak seperti lelaki yang kurang merembeskan hormon testosteron secara aktif dan normal.

5. Feist - Secret Heart
(dendangan asal - Ron Sexsmith)


gabungan kreativiti dan bakat.

menyebabkan kita sedar seketika yang muzik zaman sekarang ini bukan hanya berbekalkan wajah yang boleh dijual semata-mata, suara lelaki belum sampai tempoh mampu menanggung dosa besar sendiri, ataupun berkain sehelai sepinggang tutup hanya garisan kemaluan untuk menjadi terkenal.

lihat sahaja versi secara langsung ini. memang atas api (on fire).

...

ini pendapat aku.

apa pendapat kau pula?

walaubagaimanapun, jika kau cadangi cadangan lagu picisan seperti Hanya Di Radio dendangan Nabil Raja Lawak atau Diana Danielle (versi selepas ditampar anak pengarah terkenal), di sini awal lagi aku nasihatkan, yang kau tidak berapa lucu ya.

p/s : terima kasih kepada Farah Fazanna karena telah mengajari cara untuk meletakkan video Youtube terus kepada entri. nama sahaja lama sudah tulis blog dan memberi ulasan liar panjang lebar, namun perkara asas masih tidak tahu. namun, kamu memang dewi Blog.

currently into : Kiss With a Fist - Florence + The Machine

flip flop flap flup

3 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

video nombor 4 membuatkan aku rasa pekerjaan di kilang wafer adalah hebat. bukan wafer yang untuk dimakan ya!

izzad b* said...

mungkin xde idea or perasan die nyanyi lg best

Aidilf Nordin alias Flip said...

gelumang : ya. sesuai untuk pelajar mekatronik yang sukar mahu nampaki skop ruang lingkup pekerjaan.

izzad : ya. aku tak faham apa kau cuba rujuki sebenarnya. maaf ya.

flip flop flap flup