Monday, February 1, 2010

fantasi kurang jelas

kalaulah dalam institusi kekeluargaan orang melayu ini tidak berapa memandang serius tentang perihal berbaju kurung atau bertatasusila (pandai duduk bersila) serta tertib menjaga anak dengan penuh ajaran agama, maka aku akan memilih untuk berkahwin dengan wanita-wanita yang berkecimpung dalam industri musik sebegini.

ini fantasi aku sahaja ya. jangan pandang serius pula.

1. Victoria Christina Hesketh, sebagai pemuzik elektropop dari British, Little Boots.


satu-satunya wanita yang aku ingin temui jika fantasi kewanitaan aku bertema dan berlatarbelakangkan lantai tarian ataupun kelab malam.

definisi terbaik tentang apa itu maksud sebenar Stail dan Disko apabila dicampur bersama.

dan membuka mata aku tentang hakikat sebenar yang jikalau perempuan barat hendak mewarnakan rambut mereka dengan apa jua warna pun tetap dipanggil cantik dan kena pada gaya.

dan begitu juga sebaliknya dengan wanita dari negara asal aku di mana kebanyakan wanita Kampung Dato' Keramat cuba untuk memblondekan diri demi memartabatkan kedamansaraan diri namun berakhir dengan spekulasi Jabatan Bekalan Air tempatan tidak menjalankan tugas sebaiknya dek karena warna rambut luntur kesan daripada bekalan air domestik berkarat.

2. Carey Lander, daripada kugiran dari Scotland, Camera Obscura.


ini sebenarnya memang panggilan tutup (close call) antara seorang lagi ahli wanita dalam kugiran hebat ini. namun demi untuk berlaku adil dan demokrasi berparlimen, aku pilih beliau ini.

wanita berambut merah yang gemar berpakaian seperti seorang pekerja perpustakaan yang tak tersentuh dan naif, namun handal bermain alat musik keyboard.

apa lagi fantasi lain yang aku perlukan untuk seorang wanita idaman?

beliau mengingatkan aku kepada kejadian kejatuhancinta aku pada watak Jen Barber yang dilakoni dengan jayanya oleh Katherine Parkinson ketika sibuk melayan siri televisyen komedi lelaki skema dari British, The IT Crowd.

3. Ingrid Michaelson, penyanyi solo dari New York.


dalam keramaian wanita di sini, aku rasa beliaulah yang paling bercirikan keibuan dan kekeluargaan. yang sesuai untuk dilabelkan sebagai untuk diperisterikan.

kalau jadi realiti, antara fantasi nakal aku adalah untuk memaksa dia menyanyi (seperti burung dipaksa berkicau) untuk aku sebaik sahaja aku baru bangun tidur. wajib. lagu juga adalah sama. aku mahu lagu Morning Lullabies dari album pertama beliau itu.

namun aku perlu sedar, yang sekali aku putus cinta dengan beliau, sekali beliau terbit album terbaru maka kau terpaksalah menelan kepahitan yang amat dahsyat apabila kau dengari lagu putus cinta yang beliau karangi sendiri. lebih-lebih lagi bila kau sedar itu didedikasikan khas untuk kau.

sila rujuk lagunya seperti Glass, Giving Up, dan Maybe. hanya untuk menamakan sedikit (just to name a few). sememangnya jika kau seorang peminat beliau, pastinya jika kau putus cinta 3 kali, aku jamin kau juga akan 36 kali dengar lagu daripada beliau.

cukup dahsyat dan manis di dalam pemasaan yang serentak.

4. Leslie Feist, sebagai dirinya sendiri, Feist.


sekali beliau memetik gitarnya, buat aku terasa ingin terus menceraikannya dek karena kehebatannya yang begitu jelas tiada bandingannya.

dan sekaligus menyebabkan aku terus hilangnya rasa kelakian dalam diri untuk diperagakan, karena kemahirannya terutamanya bermain musik hidup (live) amatlah mengiurkan.

sila rujuk persembahannya pada tahun 2005 pada sebuah persembahan di Paris, bermainkan lagu Secret Heart.

terus hilang hapus Liyana Jasmay atau sampah remaja yang lain.

5. Penyanyi utama kumpulan nasyid tempatan Al-Jawaher yang cukup meletus satu ketika dahulu.


okay. aku tahu.

serius tidak kelakar.

mungkin boleh tunjuk aku kembali ke jalan yang benar.

jalan yang tidak terlalu eropah, mungkin.

...

wanita dan muzik. mengiurkan.

currently into : Secret Heart - Feist

flip flop flap flup

4 komentar liar cuba mengintersepsi:

DJ Flea said...

HAHAHAHA..
i approve the last one. leh kawin 4 beb!haha

Aidilf Nordin alias Flip said...

empat2 dari kumpulan Al Jawaher memang aku paling alim la bro nanti :P

flip flop flap flup

e-zul Iswhat said...

baju 'beatles' yang kau pakai tu cool.

*sangat tak masuk topic*

Aidilf Nordin alias Flip said...

harus aku akui, aku jumpa baju tersebut di Uptown Danau Kota dengan harga yang amat ajaib murahnya.

dan orang putih ramai yang kagum dengan baju itu juga.

dalam hati, tanda harga dan kualiti, aku sahaja yang tahu :P

flip flop flap flup