Tuesday, January 5, 2010

ragam alam maya (volum 2)

(ianya mampu mengongkong kehidupan manusia jika tidak kena caranya)

Laman Sosial Maya.

tanpa Laman Sosial Maya siapalah kita di zaman sekarang ini.

ianya seperti keperluan hidup, bahkan ada yang merasakan bahawa kini ianya merupakan suatu prioriti dan melebihi perkara yang patut diutamakan.

namun tahukah kau, jika kau semua gemar berfikir dan menggunakan fungsi otak dengan lebih mendalam, kau dapati ada beberapa perkara yang boleh ditafsirkan melalui Laman Sosial Maya.

berikut adalah pandangan terbaru aku tentang Laman Sosial Maya.

1. Laman Sosial Maya sedikit sebanyak merencatkan kesosialan sebenar manusia.

aku tidak boleh bayangkan tentang wujudkan golongan yang gemar menatap wajah sepanjang hari di hadapan skrin komputer dan aktif beraksi dalam pelbagai posisi di Laman Sosial Maya.

kerja tetap mereka asyik mengomeni (comment), sukai (like), dan selain daripada menonon berita yang berfaedah di buletin utama jam 8, sebaliknya mereka lebih cenderung membaca Suapan Berita (News Feed) serta Suapan Langsung (Live Feed) secara kontsan dan tak diganggu nyamuk. hebat.

namun aku bukan ambil kisah sangat pun tentang perkara sebegini karena sekurang-kurangnya mereka hanya melayari Laman Sosial Maya dan bukannya kelucahan.

belum pernah lagi aku dengari atau temui manusia yang mampu melakukan kedua-duanya serentak. barangkali golongan ini terlintas pada Mukasurat (Pages) peribadi Maria Ozawa ketika sedang sibuk melayari Laman Sosial Maya.

2. Laman Sosial Maya mempunyai pengaruh aplikasi bermusim, tepat dengan sikap rakyat tanah air yang bersikap bermusim.

sikap bermusim memang terkenal bagi rakyat di negara asal aku.

dahulu heboh kisah Black Metal, habis semua pelusuk kawasan bising-bising tentangnya. pabila kecoh tentang video VK Linggam, semua orang cerita tentang VK Linggam. ketika semua sedang hangat tentang di mana Sharlinie, satu negara sibuk berusaha mencari sehingga di bawah kerusi. namun biasanya apabila musim itu tamat, tiada siapa peduli tentang perkara-perkara tersebut lagi.

(tidak lupa juga kepada sikap bermusim zaman kanak-kanak, seperti Tamiya, DigiMon, dan Magic atau Pokemon Trading Cards, lihat kanak-kanak pun sudah diresapi sikap bermusim)

begitu juga dengan Laman Sosial Maya.

dahulu pernah wujud zaman Sangkuti (Tag) nama rakan-rakan pada gambar-gambar yang pelik seperti watak karikatur yang janggal, dan juga melalui pelbagai gambar lain yang langsung tidak ada hubungkait dengan kehidupan yang kau semua jalani.

perkara leceh ini memaksa peti masuk suratan internet aku harus dikemaskini dengan lebih efisien, lebih teruk dari serangan Spam dari sahabat Afrika yang selalunya mengaku yang mereka mempunyai lombong berlian dan ingin berkongsi kekayaan jika aku berikan semua maklumat peribadi. memang leceh.

kemudian wujud pula zaman menjawab kuiz-kuiz pelik dan tak memajukan bangsa, dan seterusnya datang pula zaman boleh mengkaji maklumat yang mampu menyenaraikan rakan mengikut perbuatan seperti "Siapakah Pengikut Utama Aku?" atau "Siapa Selalu Melihat MukaSurat Anda?". janggal.

dan sekarang wujud pula aplikasi penghantaran pemukulan bantal.

ada sesiapa boleh terangkan apakah kesan positif yang kita boleh dapat?

3. Laman Sosial Maya membuktikan personaliti seseorang melalui bahasa.

golongan satu :

Penambah Puitis Bahasa. huruf asal di Kamus Dewan tidak pernah mencukup bagi mereka.

apewr lagiew kaw bolewh tanggapiw tentwang gowlowngan yawng suwkerr menuwlis dewngan careww sewbeginieww.

atau golongan dua : Penyingkat Puitis Bahasa.

ini lawan kepada golongan yang pertama.

glngn yg gmr sgt mnls mcm x prnh wjdny hrf vkl d mka bmi ni. mcm la tls byk2 nnt kna byr. klu skt2 xpe lg, ni sme yg ko tls nk pndk2 cmni.

atau juga golongan tiga : Golongan Terlebih Upaya.

cuba dalami perasaan mereka melalui teks di bawah.

GoL0NgaN yG geMAr SaNGaT TuLiS MaCam BuDaK SeKolAh Tak KeNaL ApA ItU HuRuF KeCiL AtaU BesAr. aTaU MuNGkIn MeReKa TiDaK CuKuP wAnG daN HaNya MamPu BeLi PaPaN KeKuNci CaP GUanG XiAo Yik AtaU ApA SahAjA JeNaMa MuRah DaRi ChINa.

(tulis contoh ini sahaja buat aku rasa lebih penat dari berlari keliling padang. golongan ini memang pelik)

nak kata tidak bijak kurang manis pula. pelajar unversiti katanya. namun kau semua boleh fikiri sendiri apakah modus operandi dan tujuan utama mereka sanggup menjadi sebegini rupa.

biasanya kau boleh kaitkan dengan masalah dalaman peribadi, atau datang dari latar belakang personaliti yang tak menentu.

mudah.

menjengkelkan. cukup cakap.

4. Laman Sosial Maya memberikan peluang kepada manusia mencipta suatu kumpulan dan

ya. semua sudah maklum yang memang sekarang sudah pelbagai Kumpulan (Group) yang telah dicipta bagi memenuhi kehendak dan keinginan yang sekelompok manusia yang mempunyai similariti dan memudahkan perkongsian.

namun perkembangan positif ini mula direncatkan dengan wujudnya kumpulan-kumpulan kurang pintar yang berteraskan tujuan yang bukan-bukan dan langsung tak bermakna.


Let´s try to gather all facebook members in one group! is it possible?

We Will Not Pay To Use Facebook. We Are Gone If This Happens


semak samun.

mahu contoh lagi? barangkali kau patut kaji Mukasurat sendiri, mana tahu kau sendiri pun turut serta dalam kumpulan sebegini. namun tidak pernah terlewat untuk kau semua mengubah nasib diri. baik?

oh ya.

aku baru sahaja merejeki satu pelawaan (Invitation) untuk menyertai sebuah kumpulan baru.

sebabnya, mudah.

nama tema kumpulan tersebut mengandungi huruf Z semata-mata untuk kelihatan dingin (cool) atau bergaya.

GengBudarrkKajangz, Sdarianz!, SayErR SaYanG IbU sAyEerRzz, We Likez Gangstarzz, danz macamz-macamz lagiz.

silakan matang.

buat maksiat selalu pun masih tidak matang juga kah?

5. Laman Sosial Maya sudah mula pandai mengenal wajah perempuan seksi dan cantik secara automatis, kemajuan kebijaksanaan artifisial (Artificial Intelligence - AI).

Jika kau semua perasan, jika kau menekani butang rumah (home), di kolum di bahagian sebelah kanan biasanya akan ditempatkan ruangan permintaan (request) dan diikuti dengan cadangan (suggestion) di bawahnya.

di situ, kau boleh lihat di mana cadangan-cadangan terbabit kini selain daripada memberi cadangan kawan-kawan yang mempunyai sahabat mutual yang sama seperti kita, kini Laman Sosial Maya akan memberi cadangan wanita-wanita bergambarproffilkan cantik dan seksi sebagai cadangan penambahan rakan.

jika kau tak percaya, sila pergi! segari semula (refresh) mukasurat anda banyak kali untuk membuktikan teori ini.

tak tahu pula jika bagi pemain laman sosial maya wanita, mereka akan dicadangi dengan lelaki kacak pula di ruangan terbabit karena setakat ini aku belum pernah lagi melayari laman sosial maya melalui akaun orang lain, dan orang itu wanita.

...

kesimpulannya. mari kita fikiri bersama tentang bagaimana Laman Sosial Maya mampu membantu hidup kita, dan secara langsung juga menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya.

oleh itu, gunakan sebijaksana mungkin, supaya ianya lebih memberikan kau semua kesan positif daripada sebaliknya.

berfikir secara matang. itu bijak.

currenty into : Stop and Think It Over - Sarah Borges and The Broken Singles

flip flop flap flup

8 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

hanafijaafar likes this post.

amek ko. hehe.

Aidilf Nordin alias Flip said...

cis.
kurang ajar di tahun baru kau ya :P

flip flop flap flup

NadiaM88 said...

hahaha.seronok membaca post yang ni.ragam manusia alam maya.

e-zul Iswhat said...

aku benci pillow fight,

tapi aku suka facebook suggestion,

sebab dia ada tulis

"help him find his friends"

aku rasa kelakar kalau menda ni kena pada rakan2 aku yg baru berjinak dengan facebook. nampak kesian sangat.

Anonymous said...

saje nk share..

http://www.facebook.com/?ref=home#/notes/zaharuddinnet/facebook-yahudi-status-hukum/266743341082

Aidilf Nordin alias Flip said...

nadia : seronok dengar orang seronok berseronok.

ezul : memang kelakar selagi yang "harus dibantu" itu bukan profile kita sendiri :P

tanpa nama : facebook halal. amin.

flip flop flap flup

Mr Jay said...

post anda kali ini amat terbaek..
aku amat menyukainya..
itulah realiti pada masa kini..
kalau boleh aku amat ingin untuk memaparkan post anda ini didalam facebook agar mereka2 yang selalu terlibat dalam gejala2 mengarut ini sedar..
ianya amat menjengkelkan..

Aidilf Nordin alias Flip said...

terima kasih. jangan jadi sebahagian daripada mereka pun sudah cukup baik wahai encik Jay,

flip flop flap flup