kalau orang putih buka kotak ada bir dan arak berbotol penuh di dalamnya akan menjerit keperempuanan sehingga anak tekak mahu terkeluar.
...
kalau orang kuning macam aku pula, apa yang perlu berada di dalam kotak untuk membuat aku menjerit keperempuanan sehingga anak tekak mahu terkeluar?
tentulah barangan sukardapat seperti perencah masakan, sentuhan ajaib ramuan asli kaya keatas roti barat, dan juga minuman tenaga untuk mengharungi kesejukan air yang telahpun mula mengeras di udara dan jalanan.
...
terima kasih kepada keluarga yang bersusah payah. kamu semua memang manis. terutama kad hadiah.
bersyukur aku karena kini aku sudah mula ada rasa kelebihan hendak menunjuk-nunjuk kepada orang barat sekali lagi.
oh aku beri sebatang minuman tenaga asli kepada rakan barat aku.
dia kata tak ada apa kelebihan ketara pun, selain daripada kuasa kekuatan kencing telah meningkat mendadak terutamanya dari personaliti kepekatan warna dan bau yang sengit.
aku telan air liur tanda setuju.
currently into : Come Here - Kath Bloom
flip flop flap flup




3 komentar liar cuba mengintersepsi:
hargai perencah buatan Malaysia.
kerana dirimu begitu berharga. tentulah maybelline.
flip flop flap flup
cool..love the writing bro..
Post a Comment