Wednesday, January 20, 2010

kamu tidak akan berjalan seorang diri (volum 10)

(saat beginilah aku berdoa kepada tuhan agar diberikan kebolehan ilmu serapah pergerakan sejenak untuk merasai kegemilangan berada bersama peminat yang lain di sini)

sudah lama tidak senyum selepas menonton bolasepak ya rakan-rakan.

perasaan aku sekarang cukup hebat. terasa diri boleh berjalan atas air pun ada juga, tapi tak mahulah menunjuk-nunjuk.

sebaliknya aku amat berpuas hati dengan persembahan pasukan aku malam ini. mari aku beri verdikasi satu persatu setiap orang yang terlibat dalam kemenangan bermakna malam ini.

sebab mengapa kau semua buat aku rasa gembira suatu macam.

Torres & Gerrard - karena kau berdua memang macam biskut. sekejap ada. sekejap ada lagi, tapi tidak bermain. risau aku ya.

Benitez - tidak melakukan percaturan kesebelasan utama mengarut ala-ala pasukan bawah 16 tahun sekolah felda yang tak mempunyai prasarana latihan yang mencukupi. penukaran pemain juga nampak bijak dan mengubah gaya permainan dengan lebih positif.

Reina - seperti biasa, satu-satunya muka tembok yang boleh diinterpretasikan secara positif. bukan muka tidak malu ya, sebaliknya menahan semua serangan liar pihak lawan terutamanya pabila kadangkala pemain pertahanan bersikap sungguh melayu, iaitu mudah lalai dan lupa daratan.

Carragher - bak kata sang pengulas, dia mempamerkan persembahan penuh semangat denagan kesemua hati yang terkeluar (all his heart out) untuk lencana, untuk peminat, dan untuk pasukan.

Krygrhirhrirkos (susah sial nama orang Greek ini, tak semudah nama orang dari Gerik, Perak) & Skrtel - padu, keras, dan cukup stabil. bagus. kali ini kau berdua sedar yang bolasepak itu berlangsung selama 90 minit lamanya. asas bolasepak ini wajib dipelajari ya. sebab kebelakangan ini pasukan aku selalu ditampar hebat di hujung-hujung waktu.

Insua - kecil-kecil cili padi. kerajinan kau menyebabkan aku mempunyai sebab untuk berasa serba salah untuk membenci cili padi sebagai ramuan dalam pemasakan.

Riera - Datangkembali (comeback) yang cukup meyakinkan. untuk seorang yang sudah tercedera sekian lama, aksi kau memang cukup mengujakan.

Mascherano - kemahiran mengekang kau memang tiada tolok bandingannya. namun sikap suka berlakon kau menyebabkan aku kadangkala ketawa kecil secara comel ibarat wanita kampung yang gedik cuba untuk mendamansarakan diri dengan hilai tawa bernada menjengkelkan seperti anak seorang ahli politik yang kuat memakan rasuah di malaysia. jika aku bukan peminat kelab ini pasti aku sudah benci kau sebab kau permaisuri drama (drama queen) dan kau sikit pun tidak cantik.

Lucas - aku tidak banyak perkara hendak komen di sini. yang pasti, asal kau tidak buat benda bodoh dan tindakan tak berasas seperti yang kau selalu buat, itu sudah cukup baik bagi aku.

Degen - asalkan aku baru mula hendak marah, tiba-tiba kau buat perkara hebat. baru 2 kilasan cahaya petir aku hendak puji kau, kau buat perkara bodoh pula. nasib baik menang, maka kau selamat dari hukuman dunia dari aku.

Aquilani - aku sudah mula boleh nampak apa yang kau mampu. cuma kena kasar sedikit lagi bro.

Kuyt - kalau kau seorang objek, aku panggil kau kilang. atau stesen janakuasa. banyak betul tenaga dan kerajinan kau mengalahkan tenaga buruh murah yang boleh diperoleh di China yang memaksa banyak syarikat pemprosesan mega beralih ke negara itu untuk kos yang lebih rendah. sememangnya lelaki perlawanan (man of the match).

Bonus :

Babel - sebab itulah aku pernah katakan, Twitter itu memang menyakitkan hati dan cukup membisingkan jika tidak digunakan pada kadar yang betul. macam perempuanlah kau ini. tak main sikit sudah berkicau (tweet) serta merta.

Peminat - seperti biasa lagu tema "You'll Never Walk Alone" akan meruntunkan hati mana-mana pihak. dari pasukan lawan yang mula getir dengan kegamatan sorakan penyokong setia, dan juga kepada pasukan sendiri yang patut sedar yang usaha perlu dilakukan.

dan akuilah, mana-mana pasukan lain aku yakin tiada lagu yang sebermakna (as meaningful), sesentuhhati (as touching), dan sehebat lagu ini. ini yang menyebabkan kelab ini sungguh unik dan klasik.

eh, tidak! lagu pasukan Selangor dahulu hebat juga. "Merah Kuning Lambang Kebanggaan, Selangor Melangkah Kejayaan, Penuh Sorakan Menggegarkan..."

...

oh bercerita tentang zaman kegemilangan bolasepak siapa tak rindu zaman DENGAR bola sepak disebalik menonton sahaja seperti sekarang.

dicampur pula dengan pengulas sukan yang cukup bijak memanupulasikan keadaan untuk visualisasi pendengar yang lebih jelas dan berimaginatif. terutamanya bila kau dengar sang pengulas profesional suka melaungkan gol pabila adanya jaringan dengan sepanjang yang mungkin dengan beberapa harkat yang mereka mampu peroleh pahala sunat daripadanya.

"GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL....."

".....sendiri."

terencat ejakulasi dibuatnya.

mereka yang pernah melalui situasi sebegini barulah boleh label diri sebagai seorang peminat bolasepak sejati. bak kata Harian Metro, hendak jadi true Black Metal kenalah minum dua uncang darah kambing dahulu.

currently into : Bruises - Chairlift

flip flop flap flup

5 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

aku tak ingat pasukan bolasepak manakah yang sudah merembat slogan, cogankata, moto dan ayat ulangan "you'll never walk alone" itu. yang pasti dari bundesliga.

Anonymous said...

"you'll never walk again" lg bes..haha

-hantu

e-zul Iswhat said...

sekarang semua pasukan bola sepak EPL seperti bermasalah,

*jangan sebut man city, mereka main 'cheat duit'*

tak silap, radio selangor FM ke ape, selalu ada live bola sepak di radio dulu.

Alia Liverpool said...

match vs spurs tu nice! dh lame x nmpk players celebrate happy camtu after menang match. n also, gle risau ble start 2nd half.takut last minit gol nye pasal.huhu.

YNWA!

Aidilf Nordin alias Flip said...

bahu : pasukan berkenaan adalah celtic daripada liga Scotland dan sebuah pasukan kurang dikenali dalam Liga J di Jepun.

feel mereka tetap lain. ibarat memakai kasut adibas. nampak ori tapi sakit dalam hati tuhan sahaja yang tahu.

tak bernama : nakal kau ni.

ezul : cheat duit? haha. macam game pula ya. teringat pula zaman bermain game Actua Soccer (yakni predessesor kepada permainan bolasepak secara maya sebelum Fifa) ada cheat gelecek. pusing2 depan opponent nanti lawan pening so kau boleh get through dengan mudah.

klasik.

ya radio selangor. zaman sebelum semua pemain import dihambat keluar.

alia : lamanya tak singgah ya kamu.ya setuju. tersentuh jiwa raga mengenangkan perstiwa yang berlaku itu.

namun jangan seperti lepas lawan man u dahulu, di mana glory sehari sahaja. minggu depan kena bantai oleh fulham.

flip flop flap flup