bahasa budaya bangsa.
dan negara aku diami sekarang memang cukup terkenal dengan bangsa yang cukup bangga dengan bahasa mereka sendiri.
mereka tak perlukan bahasa internasional untuk mencipta kereta-kereta hebat dan mewah seperti Porsche mahupun Mercedes Benz yang jelas digemari para pengusaha syarikat perniagaan banyak peringkat (Multi-level Marketing) tempatan untuk membutakan mata rakyat melayu yang suka sangat hidup senang lenang tanpa bekerja keras namun dapat banyak wang dan mudah sangat percaya kepada gelang tangan tahyul yang mampu memberi kuasa namun masih mendidih darah panas mempertahankan nama tuhan daripada digunakan agama lain.
dan di sini, apa aku pelajari adalah 100% dalam bahasa mereka. tiada sikitpun bahasa internasional diperlukan untuk menuntut ilmu mahupun di peringkat universiti seperti aku hidupi sekarang ini.
kadang-kala, cuba berbual dengan mereka ini, rasa lucu pula karena saling tak tumpah seperti berbual dengan remaja baru hendak ke-atas (up) Kampung Dato' Keramat yang cuba meningkatkan kedamansaraan diri dengan mencuba berbahas internasional dalam perbualan normal harian. kelakar. penuh kesalahan asas tatabahasa dan kesilapan yang melemahkan diri.
namun begitu. jika kau tahu bahasa mereka, mereka akan melayan kau semesra mungkin, dan membantu sebanyak boleh, karena mereka cukup bangga jika ada orang luar yang sanggup mendalami bahasa lidah ibu mereka.
...
namun biasalah.
aku bukanlah pandai sangat berbahasa pun. menulis dalam bahasa sendiri pun asyik disalahi tatabahasanya, apatah lagi dalam bahasa orang.
maka jurang perbahasaan menjurus kepada miskonsepsi, terutamanya dalam perihal formaliti.
situasinya berbunyi begini.
ah kau buatlah sendiri apa-apa bunyi yang kau suka, yang penting kau semua ikuti kes ini.
aku cuba isii borang permohonan kad kredit di negara ini.
semua proses aplikasi dijalankan secara pos dan atas talian, ya, karena negara ini sungguh efisien dan kau tak perlu bersusah payah ke pejabat dan beratur panjang untuk melaksanakan keperluan sambil memakan ketidaksedapan karenah birokrasi.
segalanya berjalan lancar, segala prosedur telah diikuti namun setelah beberapa dokumen peribadi dihantar, terdapat beberapa kesalahfahaman menyebabkan permohonan aku terhenti begitu sahaja tanpa apa-apa progres positif.
setelah setengah tahun menunggu, akhirnya aku memutuskan untuk menulis aduan dan pertanyaan kepada bank tersebut mengenai permohonan tergantung tersebut. untuk mengelakkan berlakunya lagi kesalahfahaman aku telah menulis mel alam maya kepada pihak berkenaan dalam bahasa internasional, karena aku yakin dan pasti aku boleh menyampaikan maklumat dan menerangkan situasi sebenar dengan lebih jelas, terang dan nyata (bagaikan hukum tajwid Izhar Halqi, apabila Nun sukun atau Tanwin bertemu dengan 6 huruf tertentu, Wan Iqra', ingatkah kamu lagi? :P).
...
dalam masa dua hari, aku dapati suapan kembali.
namun respon mereka sangat mengagumkan.

(klik untuk paparan lebih besar untuk situasi memberangsangkan ini)
persoalannya :
bolehkah kau semua beritahu aku, kebarangkalian dan sebab mengapa mereka menulis begini.
A. mereka sungguh ego dan bangga dengan bahasa mereka sendiri, mereka terus tak mempedulikan langsung sebarang urusan dalam bahasa lain karena merasakan bahasa lain tidak perlu.
B. tiada siapapun dari bahagian bantuan dan perkhidmatan pelanggan di seluruh negara ini yang bekerja di syarikat kredit gergasi tempatan ini yang tahu berbahasa internasional.
C. menjelaskan ada konspirasi teori yang berlaku di mana ada pekerja bank yang cuba menggelapkan wang syarikat dengan cara berpura-pura tidak tahu berusaha di mana peluang baik akan terbuka untuk menutup segala muslihat licik yang selama ini dilakukan?
D. semua di atas.
hitamkan di ruangan jawapan di kertas OMR yang dilampirkan berasingan. sila gunakan pensel 2B untuk menghitamkan jawapan. sila hitamkan jawapan secara lengkap.
kertas ini mengandungi 1 soalan yang tidak kena mengena dengan masalah kau mengandung atau tidak.
selamat menjawab soalan.
...
kesimpulannya, adakah kita bangga dengan bahasa kita?
currently into : Yesterday's Love - Sarah Borges & The Broken Singles
flip flop flap flup



7 komentar liar cuba mengintersepsi:
tipical melayu, mempercayai tangkal ajaib, loket sakti yg mempunyai kuasa memberi mereka kuasa dan kekayaan, menjunjung bahasa namun xberusaha sekerasnya untuk membina negara, nak jdikan bahasa sebagai institusi bermaruah sedangkan diri x bermaruah.
setuju. terima kasih karena tidak membeli loket tenaga karut itu.
yakinlah dengan tenaga batin sendiri.
flip flop flap flup
Kau perlu lihat klip ini, nescaya kau percaya mengapa orang jerman tak boleh menerima bahasa internasional: http://www.youtube.com/watch?v=GT86iWiH2mI&feature=player_embedded
ahaha... i'm not the only one who kene reject! welcome to the club... i think there r malaysians who din pay their bil resulting in the rejection of our application... ciz betul...
apam : nakal kau ya. haha. anyway i took a nice picture about these similar stuffs.
http://2.bp.blogspot.com/_GGWBbFU0CuQ/ScGeGJoWciI/AAAAAAAABtU/TbxwIPjZ5Nc/s1600-h/DSC01642.JPG
serius pedih :P
pat : haha. i'm not rejected. it's just my application pending sampai bila i pun tak tau :P
student malaysia ada banyak hutang bank ke? there are only two of us in here, so biberach is still 100% clean from credit loans.
flip flop flap flup
aku pilih A.
dan aku bangga dengan bahasa kita.
tapi nak buat macam mana.. kerajaan sibuk mengejar dan menyuruh rakyat supaya bagus dalam english, senang nak mencuri ilmu katanya.
ps: teringin mahu tengok nicol david bantai cakap BM bila ada press conference di luar negara.
begitulah. aku rasa topik ini sangatlah subjektif.
kalau terlalu guna bahasa sendiri, akan tersekatlah keupayaan kita.
kalau asyik guna bahasa orang, nanti lupa diri pula.
kesimpulannya, gunakan mengikut dos yang berpatutan.
flip flop flap flup
Post a Comment