Sunday, January 10, 2010

agama bukan sekadar subjek untuk peperiksaan (volum 2)

(orang yang fanatik boleh sanggup mati demi agama)

maaflah semua ya.

tiada masa untuk menulis pos dan entri picisan karena keadaan sekarang amat merunsingkan. walaupun ianya berlaku jauh beribu-batu.

hati terasa tidak tenang pabila mendengarkan ada sahaja perkembangan negatif terbaru negara asal berhubungan dengan isu yang melanda baru-baru ini.

dan jadi lebih tidak keruan pabila, kau berada di negara asing, menonton dari mulut dan bahasa asing di siaran asing, tentang berita yang berlaku di negara sendiri yang kau tidak asing.

dan sedihnya beritanya sungguh benar asing.

5 terbakar, jadi ganda dua pula di sini.

benarnya berapi guna bom botol, dengarnya pula letupan campuran nitrat di sini.

berhimpun aman berdemonstrasi dan bertakbir di masjid, jadi persediaan askar untuk melakukan keganasan pula kata mereka.

memang asing. dan kau tak boleh buat apa-apa.

...

perkara yang ingin diperbincangkan di sini hari ini adalah, tentang golongan-golongan manusia yang boleh dikenalpasti ketika berlakunya situasi runcing sebegini.

ketika pemasaan kritikal sebeginilah pelbagai ragam manusia dapat dilihat dengan lebih jelas.

1. golongan jiwa habis ulamak tetapi otak lembu

ini paling lemah.

kalau ya pun jiwa raga maruah dan segalanya kau serahkan pada agama, janganlah menjual nama agama itu sendiri dengan kebodohan sendiri.

mereka inilah yang bakar rumah ibadat, mereka inilah yang letupkan diri, mereka inilah yang menggerila sini sana sambil bertakbir.

merekalah punca umat seagama yang baik di belah lain ditarik tudungnya dan diganggu hina.

merekalah punca umat seagama yang baik di belah lain tidak mendapat peluang pekerjaannya.

merekalah punca umat seagama yang baik di belah lain didiskriminasikan haknya.

2. golongan mancis dalam perpustakaan yang banyak objek mudah terbakar.

mereka ini gemar sangat memarakkan lagi apai kemarahan yang sudahpun mebuak-buak.

sekarang sudah terkenal sebuah Kumpulan yang dicipta khas di Laman Sosial Maya untuk mengumpulkan umat seagama dan bersatu hati memperjuangkan pendirian.

namun dalam ramai-ramai, wujudlah golongan ini. segelintir manusia yang sukakan kelainan.

kerja mereka, mencari pasal, membangkitkan isu, dan menyemarakkan lagi kemarahan.

kau tak suka, kau pergi ke kawasan lain. itu paling asas, dan berakal.

gunakan cara lain yang lebih bijak untuk menentang. api jika terus dibakar makin maraklah.

jika kau mahu padam api, mana ada orang yang masuk ke dalam api untuk memadamnya. dalam instruksi penggunaan alat pemadam api pun ada menyatakan pada arahan pertama, iaitu ambil jarak yang baik untuk memadam api.

walaupun kau tak setuju, tak semestinya kau boleh katakan orang lain bodoh, bukan? dengan cara yang bodoh, secara handalnya kau telahpun menjadikan diri sendiri bodoh jua.

3. golongan Bourne Identity

golongan ini sememangnya tidak dinafikan cukup lantang dalam menyuarakan sokongan serta bantahan. bukan main lagi bila berbicara, siap lengkap dengan ayat-ayat yang dipetik melalui kitab untuk mensahihkan lagi pernyataan.

er. namun jika dilihat kembali, gambar utama sedang berpeluk cium sakan bersama teman wanita serempit. diselak pula Mukasurat (pages) yang disertai. Maria Ozawa? MILF?

betulkan diri sendiri sebelum betulkan orang lain.

cara terbaik, kau diam sudah.

4. golongan perwira papan kekunci

mereka ini sungguh berapi di alam maya. kehebatan mereka menaip dan beraksi secara virtual boleh mengalahkan kehebatan Fasha Sandha mengganggu suami milik orang. tak boleh dipertikaikan sifat keperjuangan mereka.

di alam nyata? kosong. bahkan negatif.

apa kau buat? pergikah kau menyertai protes? sudahkah kau tandatangani memorandum tak setuju? terlibatkah kau dalam rapat umum dan demonstrasi?

eh, mulakan dengan asas. pergikah kau bersembahyang?

oh sekejap. mahu kemaskini status di Laman Sosial Maya. em. tahun depanlah sembahyang.

sifat jihad mereka memang terulung. hanya jika adanya sambungan tanpa wayar.

5. golongan Aiman tak kisah.

mereka ini bukan peduli pun apa yang sedang berlaku. bagi golongan sebegini di belah yang mempertahankan, untuk mereka, bagi sahajalah mereka nak guna nama tuhan apa-apa pun, yang penting kau sendiri yakin dengan apa kau anuti dan amalkan.

golongan sebegini biasanya jenis kebaratan, samada yang sudahpun menelan konsep sekularisme dan berfikiran konservatif setelah bertahun-tahun terdedah dengan kehidupan barat ketika sedang belajar, ataupun juga yang hanya menetap di negara asal tetapi pemikiran sudah habis damansara karena terlalu terpengaruh dengan Gossip Girl dan gaya hidup barat di mana kerja mereka hanya tahu lepak Laundry dan tangkap gambar ketika mengelab (clubbing) untuk menjana saham diri. eja Palestin pun belum tentu dapat tepat.

6. golongan licik sang musang kategori gila kuasa.

golongan ini sungguh pandai mengambil kesempatan melalui kesempitan dan masalah yang orang hadapi untuk kepentingan peribadi dan kuasa.

masa ini lah dia hendak bermuka-muka untuk mempersetujui keinginan agama lain semata-mata untuk mendapatkan dirinya undian dan seterusnya kuasa.

dulu minyak. gagal. sekarang agama. esok apa pula? Laman Sosial Maya?

lidah ular.

7. golongan licik sang musang kategori wang.

ini lagi khinzir.

sedang orang sibuk mempertahankan pendirian dan berhujah tentang agama di mana-mana laman perdebatan maya atau realtiti, sempat mereka menyelit untuk menyebarkan dakyah kecilan yang cukup menjengkelkan.

"mahu dapatkan pendapatan 5 digit dengan hanya duduk di rumah?"
"mahu pandu kereta mewah dalam usia cukup muda?"
"mahu membalas jasa orang tua dengan menghantar ibubapa pergi Haji?"

jelik.

ada yang lebih lucu, setelah berjela-jela dua kali selak komen panjang lebar tentang agama dan potongan ayat dari kitab, akhirnya dia akhiri komen tersebut dengan meletaki pautan ke laman maya cepat kaya.

orang sebegini bertuhankan Cek dan Wang Masuk Bulanan, bersyurgakan Tropicana Damansara dan Nissan Fairlady, dan berkiblatkan Menara Luxor.

jangan mereka nak tukar nama tuhan juga sudahlah,

...

kesimpulannya, ketahui kau siapa dan apakah tahap kau.

dan bertindak mengikut tahap tersebut supaya tindakan kau tidak dirasakan janggal.

tapi paling penting, aku setuju dengan kata Marina Mahathir pada satu temubual hari ini.

"what is important now, in crucial time like this, is leadership."

mana semua penerima undi pergi?

ujian terbaik untuk 1Malaysia. tak sampai setahun pun.

currently into : Cartoons and Forever Plans - Maria Taylor

flip flop flap flup

4 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

biasanya orang yang paling berkobar berkata-kata, merekalah yang paling berkosong otak.

tak penah2 nak bertakbir Allahuakbar sebelum ni, tapi ble ada isu ni, rajin plak sampai masjid negara. walaupun biasanya masa solat jumaat tu kat mana2 masjid pun tak jumpa.

Aidilf Nordin alias Flip said...

betul kata kau.

sila rujuk Restoran Bob Corner Sekyen 18 Shah Alam yang masih beroperasi dan secara pussynya melayan mereka yang singgah padahal terletak betul2 di hadapan masjid.

urban habis negara aku sekarang,

flip flop flap flup

hanafijaafar said...

aku rase restoren tu paling layak kne baling bom api molotov cocktail ke apa jenis cocktail sekalipun.

Aidilf Nordin alias Flip said...

tak semua abang hanafi.

cocktail di jerman kebanyakannya meletupkan kepala otak. terutamanya jika yang mengadungi kandungan Tequila yang tinggi.

masih belum mampu meletupkan gereja di malaysia, namun mampu meletupkan keimanan yang teguh,

flip flop flap flup