(mana pergi cahaya, aku pun tidak tahu)
sedih dan terkejut juga.
walaupun jauh beribu batu, tak dengar, tak lihat dan tak merasa, tapi jika suatu itu dekat di hati walau macam mana sekalipun kau tetap boleh rasa.
aku sendiri kurang pasti bagaimana situasi dan atmosfera di negara asal. namun jauh di sudut genting pantulan dalam penuh hati aku, tetap rasa resah gelisah.
persoalaannya, mengapa jadi begini?
AWAL-AWAL PERLU AKU JELASKAN, AKU TIDAK INGIN MENGULAS LEBIH DALAM TENTANG ISU INI.
aku rasa aku bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat atau komen lebih tentang perkara yang aku kurang arif. lagipun aku hidup dan belajar di negara orang ini, berpegang erat pada bantuan kerajaan. aku tak mahu balik rumah awal sangat. tak laku sangat untuk dimenantukan kelak.
namun apa yang aku ingin tulis di sini adalah berkenaan dengan :
PENDAPAT AKU TENTANG AKU, AGAMA AKU, DAN AGAMA KAU (ORANG TIADA AGAMA SEKALI LAH, DUH)
1. aku tak hakimi manusia lain menerusi hubungan dia dengan tuhan. sebaliknya aku lebih banyak membuat tanggapan kepada individu melalui hubungan mereka dengan orang lain.
tak semestinya kau beragama selain bukan islam, kau bersetubuh sahaja kerjanya hari-hari luar nikah.
tak semestinya kau beragama islam kau tak makan rasuah.
dan semestinya kau makan babi, kau memang babi dan perangai kau memang babi.
bagaimana cara kau layan aku, begitulah persepsi aku ke atas kau.
bukan semua orang alim adalah baik hati dan bukan semua orang tak beragama adalah jahat.
ada sahaja orang kuat agama yang tak tahu menjaga orang lain. kerjanya asyik sergah orang di hotel. tengok-tengok rupanya sudah berkahwin. sendiri bersalah dengan Tuhan karena secara tidak langsung telah melihat kemaluan pasangan yang bukan muhrim yang masih lagi tegar dan keras di fasa permainan pendahuluan (foreplay).
contoh sahaja ya. secara rawak, bukan secara jeneral.
2. aku tak pernah menyentuh tentang isu dosa pahala. sukar untuk aku cakap tentang sikap seseorang individu itu berdosa atau sebaliknya.
bagi aku itu kerja tuhan.
aku tak akan bersikap seperti, ah tidak mahu aku bersahabat dengan kau, hanya karena kau gemar buat perkara yang bukan-bukan yang bertentangan dengan prinsip dan pegangan aku.
asalkan kau tahu hormati tahap orang lain, kau dikira tak ada masalah dengan aku. kau buat banyak dosa, biar tuhan benci kau.
setahun aku elok sahaja hidup dikelilingi orang bela anjing dan suka minum arak. tak pernah pun aku kena paksa teguk sebalang penuh arak seliter atau menjilat pipi seekor anjing, semata-mata untuk bersosial atau berasimilasi dengan persekitaran.
Jerman ini wahai pembaca, siapa tidak tahu, syurga segala Beer. setakat A&W Root Beer orang buta pun tidak mahu pandang. namun aku sedikit pun tidak pernah minum atau cuba. boleh sahaja aku bergaul dengan masyarakat setempat.
boleh sahaja aku hidup. tak mati pun.
3. diversiti itu satu keindahan.
masalah rasisme sebenarnya mudah. terasnya adalah kurangnya kesefahaman.
ya, aku akui, selama ini aku juga tergolong dalam kelompok manusia hidup dalam kotak. kotak pemikiran yang sempit. aku hanya gemar berkawan dengan rakan sekaum sahaja, dan tidak ada apa yang lebih hebat dari membuat lawak slapstik, dan juga membuat lawak slapstik, yang lebih hebat lagi dari sebelum ini.
namun kini aku pelajari, dari kesamaan itulah mudahnya wujud perselisihan faham, dan dari perbezaan itulah wujudnya perasaan inkuiri dan kenal mengenali.
jika kau nampak orang melayu, bukan semuanya pemalas dan hidup goyang kaki dengan bantuan suapan ke mulut oleh PTPTN.
jika kau nampak orang india, bukan semuanya datang dari estet dan gemar bergaduh, bising atau gemar memakai pakaian berwarna-warni atau bagi lelaki berkemeja hitam gambar naga.
dan bukannya semua dari mereka gemar Chakra Sonic pun.
jika kau nampak orang cina, bukan semuanya memilki kedai alat telekomunikasi dan menjual kad isian semula atau gemar digelar Ah Beng.
jika kau nampak orang jepun, bukannya semua berperangai seperti Maria Ozawa pun.
jauhkan klise, banyakkan belajar. ketahui apa yang menyebabkan mereka berbeza daripada kita dan dari situ kita dapat memperbaiki diri.
4. aku amat benci kelompok manusia fanatisme yang bermasalah personaliti.
Cakap Tak Serupa Bikin. ini adalah inversi terbaik untuk pepatah inggeris iaitu Action Speaks Louder Than Words.
dan malu untuk akui, golongan ini sungguh banyak di negara aku.
contohnya, dalam isu terbaru kali ini, aku telah melawati beberapa laman kumpulan atau gerakan untuk menyokong suatu di Laman Sosial Maya yang cukup terkenal masa kini.
banyaknya manusia yang menyokong. dalam tempoh masa yang sungguh singkat. itu tidak salah. ianya satu perkembangan positif.
namun sikap sebenar mereka boleh dinilai ketika berlaku atau wujudnya perkara-perkara yang sedikit menyentuh perasaan atau mencabar tahap kebijaksanaan manusia mengawal perasaan secara waras.
mulalah ada yang hendak marah-marah, maki hamun dan berceramah bagaikan diri sendiri adalah mufti yang boleh berjalan atas air. bila berhujah, bercakap, berbicara tenrang agama, bukan main. bagaikan mendapat wahyu setiap malam bukan sahaja dari mimpi, bahkan dari Google Search.
tapi bila aku perhatikan mereka ini, gambar berpeluk cium dengan teman wanita juga. yang perempuan nampak alim bertudung sopan di gambar kecil paku-ibujari (thumbnail), bila ditekan gambarnya terdedah pula lurah dada berjerawat dan teman lelaki rempit yang dari wajahnya sudah tahu manusia yang bertanduk (horny) dan jenis atas motor pun boleh main.
nabi pun tidak melenting mengamuk walaupun dibaling dengan najis ketika berdakwah di zaman jahiliah, apatah lagi meletupkan diri di dengan bom atau komen panas berjela-jela di Laman Sosial Maya.
tetap menyampaikan secara berhikmah, kena dengan caranya. itulah yang kurangnya dengan orang alim yang ada sekarang. kerja mahu terjah seperti Abang Nas.
pendek kata, jika ianya bukan secawan teh milik kau (not your cup of tea), janganlah berlagak seperti kaulah nombor satu.
5. hormati pandangan orang lain jika kau mahu orang lain hormati kau.
fikir dahulu sebelum bertindak. dari penghormatan kau kepada sesuatu, ianya dapat melimitasikan perbuatan kau agar tak pergi lebih kepada sepatutnya.
kenapa suka-suka hati nak menganggu, menyentuh atau mengguna agama lain, ketika diri sendiri cuba menyatakan agama kau adalah agama sebenar.
kenapa bom dan bakar rumah ibadat orang lain, ketika diri sendiri kata agama kau agama kedamaian.
dunia ini memang sudah sihat lengkap dengan peraturan alamnya.
dua insan bercinta, satu curang pasti gagal. dua hidrogen, H, dan satu oksigen, O, bergabung membentuk molekul air, jika satu H dan O sahaja, akan terhasil perkara lain seperti partikel hidroksida OH- atau jika disusun secara terbalik, akan menjadi nama seorang cina seperti LIM GUANG HO atau HO SAP KOK. bukankah lain jadinya?
begitu juga dengan kehormatan.
jika dua-dua belah pihak tahu hormat-menghormati, mana datang masalahnya?
...
biasanya, orang baik akan selalu buat perkara yang baik-baik, dan orang jahatlah yang buat benda jahat.
namun ketahuilah, kerana agamalah, manusia mampu berubah.
karena agamalah, manusia jahat boleh buat kepada perkara kebaikan, dan karena agamalah manusia baik pun boleh berbuat kepada perkara kejahatan.
jangan jadi fanatik. jangan jadi ekstrimis. jadi bijak dan terbuka.
dan terbuka itu bukan konservatif, sebaliknya bertolak ansur.
currently into : Paintings By Chagall - The Weepies
flip flop flap flup



7 komentar liar cuba mengintersepsi:
nice post.
aku pun terkejut bila tahu berita ni, sebab perkara ni, satu bus dari Universiti swasta tidak mahu datang teater member aku semalam atas sebab keselamatan. huh!~
manusia kadang kala terlalu obses dgn sesuatu sampai lupa dosa pahala
ezul : memang kurang berakal tindakan mereka.
cis. aku balik nak tengok teater free satu kali boleh? kata member lama :P
izzad : betul tu. aku lupa sembahyang tadi. cis.
flip flop flap flup
haha, aku pun bayar. macam mana mahu beri tiket free.
oh. maaf :p
flip flop flap flup
i know i may be late to comment this but i still want to.
this one, is a very well written post by you. i like the way you write your blog, penuh ekspresi. ayat-ayat yg u gune sgt mempunyai makna yang mendalam. kagum!
dun stop blogging! :)
thanks mate.
yeah. i just wrote whatever that roams in my head, i guess beauty lies on honesty, as long u are writing whatever u really wanna say, i guess it will eventually become a well written one.
bagus. ajak ramai-ramai baca. if dapat 50 followers i belanja semua roti canai in malaysia :P
flip flop flap flup
Post a Comment