Tuesday, December 15, 2009

siapa wanita idaman kau?

(cinta memang tak mengenal warna. dan juga tempat yang sesuai untuk melampiaskan rasa cinta)

pernahkah kau berfantasi sambil tersenyum sendirian tentang wanita yang ingin kau berumahtanggai di masa akan datang ketika sedang merenung cerek elektrik?

(jangan fikir lucah ya. aku bersikap serius ini.)

...

dahulunya, orang tidak kisah pun siapa yang ingin kau ambili sebagai teman hidup.

yang penting, dengan adanya kriteria sebegini, pasti mereka akan menjadi isteri pilihan.
  • bersopan-santun namun liar di ranjang.
  • menghormati suami.
  • pandai mengambil hati orang tua.
  • taat pada agama.
walaupun jawapan ini kedengarannya agak ketinggalan zaman, namun inilah klise yang asyik dipergunakan oleh para artis hiburan tempatan ketika ditemuramah jika ingin berkahwin - padahal masing-masing bukan main lagi suka berperangai liar dan suka mendedahkan lurah dada berjerawat atau mengenakan off-shoulder tops untuk menjelaskan lagi kesan suntikan BCG yang memang menjelikkan. tapi bab memilih calon hidup, bukan main manis ayat disusun. hipokrit.

itu kisah 26 tahun yang lepas.

zaman sekarang, mungkin banyak sudah berubah. alangkan komputer yang dahulunya sebesar-besar perpustakaan awam pun kini telah menjadi sekecil-kecil tapak tangan, atau terus jadi sebesar habuk sahaja (komputer yang dicuri insan tak bermoral).

pemikiran manusia sekarang memang kelainan.

mentaliti manusia tentang siapa yang akan dijadikan teman hidup mungkin kini lebih terarah kepada unsur materialistik dan status berbanding keutamaan hati budi dan perwatakan seseorang.

sebagai contoh, kini, bagi golongan lelaki melayu tipikal, ramai yang ingin beristerikan seorang pelakon, personaliti televisyen atau penyanyi (segera atau bukan segera) supaya mereka terasa lebih hebat dan bangga. mana tidaknya, wanita mereka mampu mengenakan set lengkap wanita urban melayu masakini iantu legging kendur, tas tangan LV dan sandal gladiator PVC dengan tanpa segan silunya ketika berjalan hanya di pasar malam tempatan. (dan ketika menghadiri prosedur penceraian di mahkamah syariah, mula memakai tudung secara sambil lewa dan berkaca mata hitam saiz lebar dan besar)

gila glamor nombor satu. mahu isteri terkenal sahaja. bila gambar liar atau video lucah kualiti 3gp simpanan remaja baru dirangsang hormonnya mula tersebar luas, mahu melenting dan marah-marah pula.

dan mula tuding jari kepada Photoshop. bagaimana rempit dan kuno seseorang manusia itupun, kalau belang mula terdedah, tahu pula sebut Photoshop. kalau terbongkar video kotor pun Photoshop. maju sungguh negara kita sehingga kini boleh mengedit video dengan Photoshop.

...

bagi aku, sejak kecil aku pernah juga ya terfikir tentang perkara sebegini dan akhirnya aku dapati yang aku ada rasa (taste) pelik rupanya dalam wanita yang aku isterikan.

1. wanita yang menceburi arena produksi dokumentari dan menerbitkannya sendiri. lebih kena jika dia lebih menjurus ke alam haiwan atau alam sekitar. aku pun bukannya minat langsung pada Animal Planet namun aku terasa wanita sebegini amat memetik hidup suis aku (turn me on).

2. wanita yang menjadi koresponden luar negara sesebuah syarikat berita untuk meliputi berita-berita penting luar negara seperti konflik negara atau politik antarabangsa. politik malaysia saling tak tumpah seperti menonton telenovela latin setiap petang. ada saja drama dan lakonan mantap.

wartawan hiburan memang aku buang siap-siap. aku pun sudah memang macam ini. berkahwin pula dengan wanita yang suka meyebarkan gosip picisan dan tak berfaedah kepada kemajuan negara. sah-sah masuk neraka di tingkat yang sama.

3. wanita yang menjadi penulis untuk kolum di suratkhabar atau majalah. lebih hebat lagi kalau terus menjadi sidang editorial. paling hebat sekali apabila majalah tersebut adalah FHM. ya, maaf aku bergurau nakal.

dan aku berasa berpuas hati jugalah karena teman wanita aku memang menceburi bidang-bidang sebegini.

tidaklah sebagai keutamaan, sebagai tujuan aku jatuh cinta pada dia, tetapi sebagai satu bonus tambahan.

maksud aku, sudahlah aku minat orangnya, buat pula kerja-kerja yang aku minat. memang semakin minatlah ibarat minat mengumpul setem, membaca dan berkenalan yang sering diisi di dalam ruangan hobi ketika kecil dahulu.

...

tapi sebenarnya UiTM tak perlu bersikap haiwan sangat.

bagilah teman wanita aku peluang.

kau tak habis-habis nak berpolitik, membela benteng terakhir maruah orang melayu dan membelai misai.

cuba tingkatkan prestasi pekerja dahulu.

nota kaki : E-zul, kalau kau pun tidak dapat sambung apa kau hendak, aku yakin memang sah mereka buat kerja main-main dan mengarut. bagi aku kau ibarat si bijak pandai Nur Amalina 17A1 namun versi Komunikasi Media. sama hebat. cuma kau tak pernah berlakon iklan pensel peperiksaan sahaja lagi.

currently into : Someday - Tegan & Sara

flip flop flap flup

10 komentar liar cuba mengintersepsi:

Anonymous said...

suddenly i've discovered ur blog by chance,just loove it!! lucky ur gf hav a romantic bf like you~

Aidilf Nordin alias Flip said...

thanks but i wish i knew u too.

flip flop flap flup

e-zul Iswhat said...

"cuma kau tak pernah berlakon iklan pensel peperiksaan sahaja lagi."

thanks,tapi tiba-tiba kau ter-bagi idea kepada aku untuk mem-parody iklan tu.

pari-pari malam bintang berterbangan said...

ala, i baru janji dengan hafiz nak jadi wartawan hiburan and jadi journalist Melodi.

"mari kita terjah!!!!"

Aidilf Nordin alias Flip said...

e-zul : make sure kau selitkan sedikit pujian menggunung kepada pihak uitm dalam iklan terbabit.

pari-pari malam bintang berterbangan yang aku rasa macam teman wanita aku saja : jangan jadi wartawan melodi! jangan! jadi wartawan al islam tidak mengapa.

flip flop flap flup

cahaya yang menerangi malam mu said...

namun saya rasa saya patut menukar cita-cita sekarang mengenangkan keputusan degree sudah bertukar.

apa kata wanita idaman anda juga bertukar kepada seorang businesswoman? tapi bukan MLM ye. tak main lah.

Mr Jay said...

hahaha..
terbaek wokk penulisan kaw kali ini..

Aidilf Nordin alias Flip said...

cahaya yang tak pernah padam : i love u for whoever you are, for whatever you are doing darling.

but still we hate UiTM so bad!

mr jay : aku masih cuba menyelongkar identiti sebenar kau.

flip flop flap flup

farahajar said...

why u said uitm so bad???
I'm uitm's ex student...

Aidilf Nordin alias Flip said...

because i was just like u too. i was there too. UiTM's admins are weird.

the students, hmm. maybe not all. but it's increasing nowadays.

flip flop flap flup