Thursday, December 10, 2009

kelemahan (volum 2)

(khas untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Jerman. kepada sesiapa yang lain, kau semua juga dialu-alukan untuk meneruskan pembacaan untuk mendapat sedikit sebanyak tentang realiti kehidupan pelajar di sini)


manusia dan tempat.

bagaimanakah dua unsur ini boleh mengakibatkan permasalahan?

semuanya berlangsung melalui konversasi sebegini, antara seorang pelajar senior dan aku.

"hey, siapa nama kau?"

"Aidilf Nordin,"

"kau budak mana?"

"Biberach,"

"huh. kampung sangat tu," diiringi dengusan hina dan tawa kecil sinis tanda minta ditampar.

mari kita kaji mengapa wujudnya situasi ini.

...

masalah tipikal : kehebatan manusia dikira daripada kawasan.

sebelum itu, mari aku perkenalkan terlebih dahulu permasalahan di negara ini, bagi mereka yang kurang arif atau belum pernah ke sini.
  • Batu Penghadang Bahasa (language barrier) memang menjadi masalah utama di sini. diakui orang di sini memang kebanyakannya tidak berbahasa inggeris langsung, maka sememangnya agak sukar untuk bergaul dengan masyarakat (bagi aku, kebanyakan mereka sememangnya tidak mahu mencuba).
  • oleh itu, dek karena kecetekan dunia sosial dan pergaulan, maka secara dasarnya keseronokan kehidupan akan dinilai dari segi material dan lokasi sahaja. jika kau ada barang-barang teknologi yang mahal dan terbaru, kau hebat. selain itu, dari segi lokasi, jika tempat kau mampu memberikan alternatif lain untuk menghilangkan kebosanan, seperti bandar besar di mana kau mampu lakukan banyak perkara, kau hebat.
naif, bukan?

ini masalah kronik pelajar di sini. namun ingin aku secara kasarnya menjelaskan, BUKAN SEMUANYA.

bagi golongan ini, senang saja bagi mereka untuk menilai kehebatan potensi seseorang pelajar itu. kriteria mereka untuk menjadi tidak lemah adalah :
  • kau harus tinggal di bandar-bandar besar (yakni nama-nama kawasan di Jerman yang boleh dinampaki pada Google Earth tanpa perlu magnifikasi (zoom) secara mendalam, atau nama kawasan yang mudah dikenali melalui pasukan bolasepak).
  • tempat kau perlu ada gedung membeli-belah mega (sebagai contoh, Zara dan H&M untuk butik fesyen, atau MediaMarkt dan Saturn untuk barangan elektronik, dan juga IKEA untuk isian rumah).
  • kawasan kau perlu ada pengangkutan canggih seperti S-Bahn (tram elektrik yang bergerak di atas jalanraya) dan syarat lain, kau perlu menaiki pengangkutan awam ke institusi pengajian (melambangkan betapa besarnya kawasan tempat tinggal kau itu).
jika tempat tinggal kau tidak menepati keperluan di atas (jika kau menuntut di Jerman sahaja ya), maka kau akan dilabel sebagai Si Budak Kampung, pengalah (loser) atau si lemah yang tiada kehidupan.

sebaliknya, jika tempat kau tinggal menepati ciri-ciri di atas, maka kau akan dinilai sebegini rupa pula:
  • kehidupan kau diiktiraf sebagai menyeronokkan, tidak bosan dan sangat bergaya.
  • kau mungkin akan merasa keseronokan tak berasas dan bangga digelar Si Budak Bandar. bukan Si Budak Bandar sebarangan, ini Jerman, maka status kau dianggap lebih hebat.
  • mungkin kau antara budak paling hebat di dunia. agaknyalah.
...

dan, ya, aku akui tempat aku sedikit pun menepati ciri-ciri di atas.

kadangkala letih jari jemari untuk aku loroti (scroll down) tetikus supaya tempat tinggal aku boleh ditemui di peta maya di internet.

dan aku sedari ramai juga kawan-kawan senasib dengan aku yang juga mengalami situasi yang sama.

mengapa dan bagaimana untuk mengatasi golongan menjengkelkan ini?

mudah sahaja.

sebelum aku terangkan pendapat pada sudut pandangan aku, eloklah kita renungkan terlebih dahulu tentang sesuatu yang pernah aku terbaca dan terdengar suatu ketika dahulu.

"benih yang subur dan berguna, jika dicampakkan ke atas pulau kosong dan tandus, pasti akan membuahkan hasilnya juga."

jika kau dikategorikan sebagai manusia yang lemah berfikir, mari aku translasikan maksud tersirat di sebalik ungkapan tersebut.

"jika kau seorang manusia yang berguna, ke mana-mana kau pergi, walau di Timor Leste sekalipun, pasti kau akan memberikan hasil dan sumbangan yang berguna."

pandangan aku dan penyelesaian :
  • tidak semestinya jika kau tinggal di kampung, kau tidak boleh jadi pandai. jika kau ada wawasan dan semangat untuk berjaya, mana-mana kau hidup pun pasti kau akan berjaya jika kau inginkannya. lihat sahaja Tun Dr. Mahathir, asalnya dari Kedah sahaja. tapi kerana otaknyalah aku boleh terangkan kepada manusia barat ini yang aku tinggal di Malaysia. tanpa KLCC dan Litar Sepang jangan haraplah aku boleh terangkan dengan mudah apa itu Malaysia.
  • jangan terasa rendah diri apabila di kawasan-kawasan kurang terkenal di Jerman. hakikatnya, kampung atau bandar, ini negara maju. walau di ceruk kampung sekalipun, kau boleh nikmati sambungan Internet yang jauh lebih laju dari semaksimum mungkin yang Telekom Malaysia mampu berikan di tengah-tengah Damansara.
  • ingat ini, "Tempat kau tak melambangkan siapa diri kau, sebaliknya apa yang kau buat yang menunjukkan siapa kau sebenarnya". kadangkala gelihati juga melihatkan gelagat sesetengah golongan yang gemar memuatnaik gambar-gambar kehidupan bandar di laman interaktif maya untuk menunjukkan betapa hebatnya gaya hidup mereka, padahal sebenarnya ianya tak lebih dari sekadar perhimpunan sekaum (perkampungan Melayu atau Cina) yang bergambar dan bergaul sesama sendiri, dengan keseronokan yang saling tidak tumpah dengan sekadar bergembira di Malaysia sahaja. buat penat sahaja kerajaan mebazirkan wang rakyat untuk belajar jauh-jauh.
  • aku betul-betul rasa golongan yang memilih tempat melanjutkan pelajaran semata-mata berlandaskan tempat dan kebandaran kawasan adalah sangat bodoh sama sekali. adakah kau sanggup mempertaruhkan masadepan kau dengan hanya untuk keseronokan masa temporari, seperti berjalan hujung minggu di bandar, berbanding memilih berdasarkan status universiti di dalam rangking prestasi institusi pembelajaran. walau sekampung mana kawasan aku pun, universiti aku diiktiraf antara yang terbaik di negara ini. sila lihat pautan ini sebagai bukti, hanya jika kau fahami bahasa Jerman di http://www.uni-protokolle.de/nachrichten/id/136704/.
  • tempat kecil, maka boleh dikatakan ramai yang mampu mengenali kau. secara tidak langsung, kehadiran kau dirasai dan diperasani oleh masyarakat sekeliling. bukankah itu sudah menjadi platform yang baik untuk bergaul dengan masyarakat?
  • aku berasal dari Kuala Lumpur. aku sudah puas hidup bandar. jadi, aku bukan peduli sangat bandar-bandar dan kampung-kampung ini. remeh.
pendek kata, aku boleh akui yang aku puas dan nikmati tempat tinggal dan kehidupan aku di sini walaupun sekampung mana sekalipun tanggapan manusia kolot.

yang penting, aku guna sebolehnya peluang ke luar negara untuk mengenali, membanding serta meperbaiki apa yang kurang. dan mempromosikan negara mana yang mampu.

tengok, sudah adapun wanita dan jejaka Jerman yang ikut aku pulang ke Malaysia tempoh hari. sedikit sebanyak aku sudah membantu industri buahan tempatan seperti menyuruh mereka membeli durian.

apa sumbangan anda di bandar sana? :)

...

moral di sini, belajarlah rajin-rajin, dan majukan negara sendiri, supaya kita semua boleh sama-sama bangga jadi budak bandar di negara sendiri.

siapa tidak bangga jika Pengkalan Chepa pun ada sambungan internet laju?

currently into : Such Great Heights - The Postal Service

flip flop flap flup

12 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

hanafijaafar like this post

e-zul Iswhat said...

rasanya mereka dah mandi banyak sangat hujan emas di jerman tu kot.

Aidilf Nordin alias Flip said...

gelumang : i like yoour song too.

e-zul : kebanyakan mereka tidak mandi di sini karena musim sejuk.

flip flop flap flup

Mr Jay said...

knape mesti name pengkalan chepa naik..
hahaha..
papepon aku ske name pengkalan chepa naik..
kool.. B-)

apam said...

jangan rasa rendah diri dengan biberach an der riss kerana tempat kau sangat dekat dengan allgäu airport. Aku pasti akan melawat kau suatu hari nanti. terima kasih ryanair!

Aidilf Nordin alias Flip said...

mr jay : sebab aku terbaca berita kereta jatuh dari perking lot bumbung di KB Mall. lebih-lebih lagi bila dengar cerita belakanng-belakang kisah itu.

kelakar tapi tragis.

apam : ya. allgäu boleh. friedrichshafen pun boleh. kami sayang ryan air.

apa jadi wolfsburg fc pam?

keepitsimpl3 clarkiiclown said...

Yang penting,knowledge yg boleh dibawa balik setelah merantau tempat org.

Apepun aku jeles, ko dapat jumpa Ingrid Michaelson dan bergambar...argh (cerita lain)

yi en said...

yop budak kampung. apa khabar? kita kira senasiblah. walaupun esslingen dekat dengan stuttgart, esslingen ni tetap kampong juga. sebab mcD pon takde hahahaha

Aidilf Nordin alias Flip said...

keepitsimpleahnamakaupanjangsangat : betul itu. pengetahuan am yang sering disalahtafsir seperti pergi berparti bukan semestinya harus meminum arak atau menunggang wanita.

yi en : but still, it is just steps away to stuttgart. kampung tak kampung, aku tahu kau lagi kaya dari semua budak JPA sekarang. apa lagi? :P

flip flop flap flup

izzad b* said...

em,blajar kat malaysia jer lah..

Anonymous said...

omaigod. i so love your post. me too budak kampung german juga =)

Aidilf Nordin alias Flip said...

izzad : tak nak.

anonimus tak bernama : hai orang kampung. lajukah internet kamu?

flip flop flap flup