
kepada semua pembaca.
aku lebih rela menulis sedikit atau tidak langsung, daripada menulis perkara sampah yang langsung tiada nilai estetika dalam penulisan kosong yang tidak bermakna.
dan kebanyakan aktiviti harian di negara barat membataskan juga pemasaan aku masakini.
dan aku juga tidak mahu meminta maaf kepada pembaca seperti penulis blog picisan yang kononnya merasakan peminat mereka ramai dan sentiasa menantikan pos terbaru daripada penulis.
bagi aku, aku akan tulis, bila aku rasa aku ingin tulis.
blog adalah cetusan idea dan pendapat seseorang individu. jika dia tiada idea, maka dia tidak menulis. jika terus menulis juga, maka akan lahirlah sebiji blog sampah.
aku tak mahu blog ini menjadi blog sampah. lebih-lebih lagi yang tidak boleh dikitar semula.
harap maklum.
terasa ingin juga untuk memprivasikan blog aku apabila golongan kononnya alim mula menampilkan tohmahan liar dek karena terkejut melihat wanita barat memakan nasi di dalam bilik aku di hadapan sejadah.
perlukah?
...
orang melayu kebanyakannya memang tidak optimistik.
currently into : Wrong Impression - Natalie Imbruglia
flip flop flap flup



7 komentar liar cuba mengintersepsi:
siapakah gerangannya golongan kononnye alim itu..
meh sini aku bagi penampo..
cish..
brani btol..
ustaz akhil hayy. sila buat apa anda suka.
flip flop flap flup
adakah benar2 ustaz akhil hayy yang membace blog kamu dan membuat dakwaan sebegitu rupa??
sekiranya betul maka berat2..
if u happen to privatise ur blog, do remember to invite me ye?
mr jay : bukanlah akhil hayy yang sebenar-benarnya. barangkali hanya manusia rockers yang mempunyai sedikit bahagian alim yang gemar mempacari seorang penyanyi wanita bertudung di pantai tika waktu malam walaupun sudah beranak bini.
dan masih gemar menyibuk hal orang walaupun hal sendiri sudah tebal.
pat : don't worry. if you are in the followers' list, you dont have to fill up any forms if i'm about to do so.
flip flop flap flup
"kau tidak boleh dituduh berzina selagi kau tidak masukkan itu ke dalam itu"
sedalam mana?
sedalam cinta kau.
maybe it sounds better in english.
like how deep your love is.
how deep is your love.
damn. gelak sudah pijat.
flip flop flap flup
Post a Comment