Monday, November 30, 2009

bayangkan kau sesat sampai ke Thailand sedangkan kau mahu makan Char Kuay Teow di Penang sahaja

tema dan persoalannya mudah.

aku terasa ingin menambahbaik kemahiran aku berbahasa Jerman, maka aku sertai kursus bahasa Jerman yang bertempat di selatan Jerman yang dinamakan Konstanz.

...

namun jalan ceritanya sukar.

aku rasa aku tersalah naik tren.

malam itu aku tersedar yang rupanya aku sudah sampai di sebuah kawasan pelik yang dinamakan Lindau.

aku cari peta sebab aku takut aku akan ditangkap dan disembelih secara hidup-hidup seperti pengembaraan seram di kawasan asing di Eropah sepertimana yang dipaparkan dalam filem Hostel.

cis. aku di Austria tanpa disedari.


sila cari dimanakah Konstanz. itu tempat tujuan aku.

sekarang cari pula Lindau. garisan merah itu sempadan negara lain.

...

moral dan pengajaran, sila ambil tahu yang tren di negara asing sangat maju sehingga mampu berpecah dua, menuju ke dua destinasi berasingan.

sila harap kau duduk di putusan tren yang betul.

atau kau boleh putus kepala di Bratislava.

currently into : Bang Bang - Nancy Sinatra

flip flop flap flup

2 komentar liar cuba mengintersepsi: