Saturday, November 7, 2009

nasi sumber makanan utama orang melayu (volum 7)

sebagai seorang melayu tulen. kita memang arif sangat tentang kepentingan hal sebegini.

nasi, dan sang penciptanya, periuk nasi.

sebagai orang melayu, memang sudah jelas hakikat, yang 3 hari orang melayu tanpa nasi adalah sama sahajalah teruknya seperti 3 hari orang melayu tanpa nasi.


dan memperkenalkan Shuhami 'Solac' Alauddin, periuk nasi aku yang baru.

...

sebagai seorang makhluk pemakan nasi sepenuh masa, objek ini amatlah penting dalam usaha untuk mempermanjangkan lagi kehidupan di negara barat yang penuh dengan godaan ini.

dan sejarah membuktikan bahawa hubungan aku dengan objek ketimuran ini bukanlah baik sangat pun. rekod aku agak kelam.

kali pertama aku belikani diri aku dengan periuk ini, aku hanya sempat menggunakannya hanya seminggu. ya. seminggu. dan hanya kurang dari 4 jam jika dihitung melalui kategori waktu. namun aku berjaya menukar dengan objek sama yang baru setelah kembali ke kedai itu semula, sehinggalah ianya rosak kembali selepas 5 bulan bertugas bersama aku minggu lepas, ketika aku sedang sibuk melobi tentang kemenarikan pemakanan nasi kepada pelajar negara barat.

dan kali ini aku cuba pula model lain. dan harganya lebih mahal €10 berbanding yang dahulu kala. harap-harap ianya €10 kali lebih berkualiti dari dahulu kala.

...

ini mungkin juga antara faktor penarik.


maknanya, jikalau mengikut perancangan keluarga, periuk ini akan kekal dalam institusi kekeluargaan aku sehingga aku tamat fasa ijazah sarjana muda, dengan jaminan dua tahun ini.

lihat apa sahaja yang beliau mampu lakukan. ia juga boleh memasak nasi. turut disediakan cawan mini yang mampu mengisi dan menyukat beras pada satu masa!


lihat sahaja pada kesofistikasian dan keelegenan senduknya.

dengan teknologi geriji tambahan pada permukaan senduk itu, mampu menambahkan geseran supaya nasi yang dicedok tidak akan pernah berpeluang tumpah di lantai, seperti bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.


kehebatan senduk ini jelas terpapar dalam gambar di atas sehingga mampu membuatkan periuk lama nampak kecil dan rendah diri.

dan disertakan sekali objek misterius yang gagal dikenalpasti tujuan kewujudannya.


tapi batang besi terbabit tetap menjadikan periuk baru aku tampak lebih bergaya. mungkin di sini lebihnya harga €10 tersebut.

...

namun dalam usaha mengebumikan periuk nasi lama, aku temui ini dalam keranda lamanya.


kalau aku tahu lebih awal, pasti aku tukar sahaja yang lama dan mampu menjimatkan kewangan aku. periuk lama pun ada jaminannya.

cis.

...

dan periuk nasi aku beraksi dengan cemerlang sekali pada penampilan pertama sehingga mampu memaksa wanita barat ini sanggup membawanya sebagai mangkuk dan terus makan di atasnya, dek karena keanggunan periuk ini yang tiada tandingannya.


dan dia tidak sedar aku masak nasi goreng belacan hari ini.

sebenarnya orang barat boleh sahaja makan belacan. cuma mereka buat-buat sahaja, malu hendak mengaku.

kepada orang melayu yang mengada-ngada tidak suka makan nasi, boleh pergi lah kamu.

currently into : August - Rilo Kiley

flip flop flap flup

4 komentar liar cuba mengintersepsi:

e-zul Iswhat said...

haha, aku suka post ni~,

boleh kata macam advertisement pasal periuk nasi dan kepentingan nasi dalam kehidupan sejagat, tapi dengan cara selamba + ada model orang putih lagi(bukan pan asia). oh ya jgn lupa moral di hujung cerita. haha

ps: wanita barat tu macam cun, kirimkan salam. :)

cHePoT said...

nasib bek ad model..
kalo x same cm iklan daia..

Aidilf Nordin alias Flip said...

e-zul : haha. kau lupa elemen keagamaan yang aku cuba serapkan. sila rujuk gambar terakhir. ada sejadah terlipat atas kerusi. ada makna itu.

aku dah cakap pada dia. tapi dia tidak tahu menjwab salam. bukan dia sombong pada kau ya.

chepot : apa kau ingat iklan Daia tiada model kah? bukan siap ada seekor gajah lagi tahu?

flip flop flap flup

Anonymous said...

How do you write so much about a rice cooker?