
(antara kesan terlalu banyak melayari internet, kurang melihat sinaran mentari)
memang bagus adanya laman web sosial.
membolekan kita bersosial walaupun walhalnya kita bukannya jenis orang yang gemar bersosial sangat pun. maksud aku, membantu golongan yang gemar bersosial sekadar dari depan komputer.
sebagai contoh, suka berkebun secara maya, suka menjadi mafia secara maya, suka berjudi secara maya (karena tidak perlu mengesahkan keislaman) dan sebagainya.
kadang-kala mereka juga sendiri tidak tahu mengapa mereka berbuat sedemikian rupa namun mereka buat juga.
isu 1.
kenapa perlu komen pada tulisan dinding (wall post) sehingga berjela-jela menewaskan karangan fakta bahasa melayu kertas dua? jika kau yang akan tulis di dinding aku, dan kerja aku hanya komen walaupun topik sudah lari jauh, bagaimana pula dinding kau akan penuh?
penjelasan manusia normal : kau tulis secara dinding ke dinding (wall to wall) seperti cara klasik dan matang. komen hanyalah ruangan untuk si pelalu (passerby) yang secara kasualnya ternampak pos yang kau hantari dan terasa untuk menyibuk. itu sebenarnya fungsi asal kemudahan ini.
isu 2.
kenapa wujudnya rasa "wah, hebatnya kau, kau ada ramai sahabat dan teman dari negara barat yang gemar menulis di laman sosial kau" atau "wah kau nampak lebih bergaya dengan adanya teman-teman berkulit putih yang gemar mengajak kau beraktiviti melalui laman sosial"?
penjelasan manusia normal : biasalah itu. mereka pun manusia juga seperti kita. kalau kau sudah belajar di luar negara, dan kerja kau asyik bergelumang dengan manusia sekaum sahaja, baik kau balik dan tinggal di UiTM sahaja karena tempat itu memang sesuai untuk golongan sekaum seperti orang yang dimaksudkan.
isu 3.
kenapa perlu bermain atau sendiri mewujudkan kuiz-kuiz yang langsung tidak menjana pemikiran sihat atau membantu negara menjana sektor ekonomi secara drastik. kuiz-kuiz tidak masuk akal seperti "adakah kau kelantan sejati", atau "berapa banyakkah anda mahukan seks ketika ini" atau mungkin "kenapa anda ingin juga jawab kuiz ini walaupun kau tahu benda ini sampah", amatlah digemari kebanyakan pengguna tetap kaman sosial masakini.
penjelasan manusia normal : bangun dari kerusi (atau katil jika kau bermain komputer sambil baring), padam komputer anda dengan mencabut suis secara kasar (atau sengaja mengeluarkan bateri secara henjut, jika komputer bimbit), atau buang sahaja telefon mudah alih maju kau ke dalam longkang (karena kini ada yang mampu mengakses internet terus dari telefon mahal) dan pergi dapatkan kehidupan (go get a life).
isu 4.
isu ini lebih menyasari golongan wanita. bukan bersikap seksis di sini (pasti ada yang sudah menghenjut kemarahan) namun isu kali ini tentang penggambaran foto penanggalan tudung. sebenarnya aku bukan kisah sangat jika kau sememangnya tidak bertudung (dan cantik lagi seksi) namun kadangkala jika kau sengaja menanggalkan tudung untuk diambili gambarnya dan diletakkan di laman web sosial untuk mendedahkan kononnya kecantikan diri tersembunyi. padahal ianya hanya mendedahkan lagi kebanyakan jerawat di muka dan di dada kau yang tersorok selama ini.
ya. untuk wanita kan? sebab aku yakin hanya sedikit sahaja lelaki bertudung dalam laman sosial yang aku kenali. jangan tuduh aku tak arif beragama pula ya.
penjelasan manusia normal : perangai kau saling tidak tumpah dengan seekor tudung saji yang hanya digunakan untuk menutup makanan sedap dan indah yang tersembunyi di dalam. dan orang akan tolak kau ketepi, hanya untuk menikmati apa yang kau ada di dalam, dan membiarkan kau seperti habis madu sepah dibuang setelah mereka dapat segala apa yang mereka inginkan dari kau.
dan selalunya., wanita tudung saji ini bersikap tidak internasional atau jaguh kampung sahaja. bukan apa, belum pernah lagi aku kenali orang barat yang kenali dan tahui apa itu tudung saji.
isu 5.
kenapa perlu kau tandai (tagging) kawan-kawan kau pada gambar-gambar watak-watak kartun dan pelbagai lagi yang tiada kaitan (jika gambar yang menarik,), dan jelas menampakkan kesindrompramatangan kau, dengan harapan, dapat menarik perhatian kawan-kawan untuk menegur kau? dan memaksa rakan yang ditandai perlu mengemas peti masuk oleh kemasukan notifikasi mengarut.
penjelasan manusia normal : jika kau ingin buat juga, kau ambil gambar seksi yang dirasakan boleh mengakibatkan ereksi (boleh cuba Megan Fox di hadapan sebuah Chevrolet Camaro 1976, sebagai contoh) dan tag rakan-rakan yang alim dan ustaz kau. pasti kau akan dapat komen kilat yang pantas, membina lagi memberangsangkan.
...
kesimpulannya, dapatkan kehidupan.
komputer hanya untuk senyum seketika. sila senyum lebih dalam kehidupan sebenar.
currently into : August - Rilo Kiley
flip flop flap flup



8 komentar liar cuba mengintersepsi:
aku gemar post kamu ini wahai flipflopflup...
komentar liar ya..
nah,amek kau...
abang koboi : aku lagi gemar dengar nyanyian kau :)
chetop : tak cukup liar itu.
flip flop flap flup
facebook = fenomena terhebat tahun ini, dan juga tahun lepas.
internet = fenomena penggalak sindrom tidak keluar rumah masakini.
hei aku dengki dengan kau sebab kau sudah habis belajar.
flip flop flap flup
right on!
I agree with all the facts u stated. haha. so fuckin true dude!
alina : yeah so right. i might be part of it anyway.
pijat : haha. i like and bookmarked your facebook page instead. don't get me wrong dude. i just love your friends. girls. haha.
flip flop flap flup
Post a Comment