seperti tajuk di atas, ini bukan cerita bolasepak. maka wanita yang hampir tekan butang tutup sila kaji semula tindakan spontan anda.
...
malam tadi menandakan tamatnya perjuangan Liverpool dalam arena perbolasepakan si kaya raya. dan lebih malang lagi, nasib mereka bukan dalam tangan sendiri. harus harapkan kejayaan pasukan lain, untuk mengembalikan peluang yang malap.
dan mereka harus terima semua ini karena persembahan buruk mereka.

namun bak kata encik Daniel Loi, mungkin dari segi sudut pandangan positif, Liverpool mungkin boleh mencipta satu lagi sejarah baru iaitu menjadi pasukan pertama (dan pertama dari England) yang memenangi format pertandingan yang baru diperkenalkan tahun ini, Europa League. Liverpool kan sungguh kaya dengan mencipta sejarah. jadi memang sesuailah.
tamat kisah bola. poin utama penulisan bermula di sini.
barangkali kau semua juga pernah lalui situasi sebegini (sila tukar nama pasukan bolasepak atau apa jenis sukan kegemaran kau pada tulisan berbintang).
...
1) PERSOALAN UTAMA : KENAPA KAU MINAT SANGAT *LIVERPOOL*?
soalan ini sering diajukan kepada insan seperti aku, karena selalunya aku sanggup meninggalkan aktiviti sosial bersama rakan semata-mata untuk tidak terlepas perlawanan bolasepak secara langsung.
dan biasanya yang bertanya adalah rakan-rakan negara barat yang pelik melihatkan dek karena sikap fanatik aku terhadap pasukan kegemaran aku.
2) PERSOALAN SUSULAN : KAU LAHIR DI SANA KAH? KAU PERNAH TINGGAL DI SANA KAH? KAU ADA KAITAN KAH DENGAN *LIVERPOOL*?
dan biasanya soalan seperti adalah berbentuk inkuiri dan serangan psikologi. jangan mudah naik marah atau cepat melenting karena itu menunjukkan sifat lemah dan kekurangan profesionaliti dalam diri.
sebaliknya, tarik nafas sambil tersenyum simpul.
3) PERSOALAN MEMBUNUH : DI NEGARA KAU TIADA PASUKAN BOLASEPAK SENDIRI KAH? KENAPA KAU MINAT SANGAT PASUKAN LUAR? MEREKA DI *LIVERPOOL* KENAL KAU KAH?
jangan tampar mereka. berdasarkan pengalaman aku menghadapi dan mengenalpasti perwatakan manusia barat, mereka sememangnya mempunyai semangat ingin tahu dan bukannya sengaja ingin mencari pasal atau membunuh kau dengan soalan tajam.
golongan yang selalunya sengaja ingin mencari pasal atau membunuh kau dengan soalan tajam biasanya adalah orang Melayu itu sendiri.
...
maka ini tindakan kasual yang aku sering ambili.
SOALAN:
KENAPA KAU MINAT SANGAT *LIVERPOOL*?
KAU LAHIR DI SANA KAH? KAU PERNAH TINGGAL DI SANA KAH?
KAU ADA KAITAN KAH DENGAN *LIVERPOOL*?
DI NEGARA KAU TIADA PASUKAN BOLASEPAK SENDIRI KAH?
KENAPA KAU MINAT SANGAT PASUKAN LUAR?
MEREKA DI *LIVERPOOL* KENAL KAU KAH?
aku : "kau pernah dengar The Beatles?"
mereka : "ya! aku minat sungguh mereka! aku sungguh layan lagu dan album mereka! wah!"
biasanya bagi mereka yang tidak pernah layan The Beatles pun mereka akan kata ya, karena marilah (come on), siapa yang tak dengar The Beatles masakini? memang lemah. mesti malu untuk mengaku.
aku : "kau tahu The Beatles datang dari Liverpool?"
mereka : "ya...apa kaitannya di sini?"
aku : "kau lahir di Liverpool kah?"
mereka : "tak...."
aku : "perlukah kau lahir atau datang atau ada kaitan dengan Liverpool untuk meminati The Beatles?"
mereka : "err..."
aku : "perlukah mak saudara kau lahir di USA untuk meminati Miley Cyrus?"
mereka : "..."
aku : "perlukah kau lahir atau ada hubungan dengan sesuatu, supaya lau boleh minat sesuatu?"
biasanya mereka akan tukar topik secara serta merta tanda kalah. lagipun siapa sanggup menahan malu apabila mak saudara sendiri yang sudah berumur masih meminati Miley Cyrus dalam diam. rahsia keluarga itu.
...
namun biasanya aku akan mengaku yang bolasepak negara aku seperti sampah dek karena duit dan datuk yang kaya raya yang bermain bolasepak, dan bukannya pemain.
dan pemain bolasepak pula lebih cenderung menjadi model minyak rambut dan mencacakkan jambul ketika permainan berbanding menambahbaik skil permainan.
oleh itu, biasanya aku akan promosikan sukan lain di mana negara aku sangat hebat, seperti guli, lari bawa bola ping pong dalam sudu, gasing berirama, dan jangan pandang belakang congkak.
dan biasanya mereka langsng tak berminat.
...
jadi persoalan aku kepada kau semua :
PERSOALAN : AKU TAHU KAU MINAT PASUKAN XXX (sila masukkan pasukan kegemaran kau), TAPI KENAPA KAU PERLU BERSIKAP TERLALU FANATIK DAN MELEBIH-LEBIH MENGALAHKAN PEMINAT TEMPATAN PASUKAN ITU SENDIRI?
bagi aku, walaupun aku minat tahap yang agak serius, tak pernah lagi aku untuk tampil di Facebook atau mana-mana laman sosial untuk bergaduh berdebat tentang bolasepak macamlah yang kita ini bagus dan arif sangat tentang bolasepak negara milik orang.
dan ini paling bodoh. penyokong "melayu" Barcelona (berlagak macam pandai cakap sepanyol dan pakai jenama MNG sahaja) bergaduh dengan penyokong "melayu" Manchester United (berlagak sombong seperti pernah bersekolah dengan ahli band Arctic Monkeys) bergaduh sehingga ditetak di kepala.
kau ingat orang Eropah sini peduli jika kau mati pun?
...
jawapan aku, mentaliti kelas bawahan orang melayu perlu berubah.
jangan suka sangat tengok orang lain. cuba bersaing secara sihat untuk menjadi lebih baik dari orang lain.
ada idea lain sesiapa?
currently into : Bulletproof - La Roux
flip flop flap flup



8 komentar liar cuba mengintersepsi:
ah~.. kes hooligan tak bertempat.
*teringat penyokong pasukan kelantan*
http://www.youtube.com/watch?v=ANWHVdaSKsI
hahaha.BRAVO!!!!
takpe flip..
choba lagi tahun depan,kalau qualify la nak maen champions league.. hehehehe...
e-zul : yeah. thats a nice one dude. TAK BERTEMPAT. mat saleh pun cool je.
anyway nice link, though i cant watch all because its so annoying. peninglah dengar bahasa kelantan.
alia : oh yeah. hello europa league.
manusia hensem tak dikenali : haha. cukup pedih nasihat kamu. tapi jangan risau. aku takkan merusuh seperti penyokong kelantan.
flip flop flap flup
arctic monkeys skolah kt manchester ke flip?hahaha,post ko ni agak bermakna,walaupon ak xtgk bola
adib : tak. mereka sekolah di sheffield.
oh aku tahu kau tengok bola apa.
flip flop flap flup
Wah...soalan tajam, solution yg genius.
LOL mak saudara org putih minat Miley Cyrus ahahahaha (gelak)...camna kau tau?
alif : bukan genius. cuma logik. anyway mak saudara orang putih itu telah membelikan anaknya tiket konsert Miley secara tiba-tiba. dan anaknya lelaki yang sudah berumur 20 tahun yang pastinya akan diejek rakan sebaya.
flip flop flap flup
Post a Comment