Thursday, October 22, 2009

kira-kira mudah


aku biasanya jarang menyentuh tentang isu politik, pergelutan kaum mahupun perdebatan mengenai hukum pembedahan plastik itu halal atau haram di dalam penulisan blog ini.

bagi aku, perkara sebegini sangat subjektif, tiada siapa yang boleh meyakinkan seluruh umat manusia yang dia benar atau benar. tiada opsyen nampaknya.

namun bukan matematik.

matematik adalah suatu yang jelas, tepat, dan tidak boleh dipertikaikan lagi jika ianya tepat.

2 tambah 2 akan sentiasa jadi 4 dan tidak mungkin 46, atau 4.0342 walaupun ianya hampir, dan juga pasti bukan 2 + 2 = 5 sepertimana yang diwar-warkan oleh Radiohead dalam album mereka yang lepas.

oleh itu, mari kita janakan sedikit minda.

...

bayangkan satu situasi yang dahsyat dan petir sabung-menyabung.

katakan kau bapa/emak (sila pangkah watak yang diingini). kau ada sepuluh orang anak. dan kau telah memperuntukkan RM10 wang bulanan bagi setiap seorang. maka dalam bajet kau, pastinya kau akan sediakan RM100 untuk hal ini.

tiba-tiba, pada suatu hari yang damai, seorang anak kau mula datang dan menuntut wang bulanannya untuk digunakan.

dan kau menjawab : "maaf, peruntukan kali ini tidak mencukupi, kau haruslah bersabar sehingga bapa/emak (sila pangkah watak yang diingini) mendapat peruntukan baru untuk kau meminta wang yang kau perlukan itu,"

...

soalan berbunyi begini : dimana nerakakah perginya wang dalam peruntukan itu sehingga menyebabkan anak tersebut gagal mendapatkan haknya?

klu : anak tersebut mungkin namanya bermula dengan Shuhaimi.

...

fikir-fikirkanlah.

ok. abaikan klu tersebut. tiada kaitan. sengaja memanjangkan entri ini.

oh ya, gambar itu sekali.

oh entri ini sekali. sengaja berbual sampah. tiada kaitan dengan dunia realiti.

currently into : Witch - The Bird And The Bee

flip flop flap flup

0 komentar liar cuba mengintersepsi: