
tiada lagi bola pantai merah. hanya belon merah tanda kemenangan dan kegembiraan.
tidak ada yang lebih manis daripada bangkit dari segala kekalahan, tohmahan liar dan cakap-cakap belakang pada pemasaan yang tepat.
masanya sungguh perfek. barangkali, selepas perlawanan tadi, mana-mana pihak pun tidak boleh lagi memperbanyakkan bunyi, dan baik tumpukan perhatian kepada apa yang bakal berlaku karena musim masih panjang.
keputusan tadi ibarat seorang manusia si mulut becok yang ditampar kuat oleh seekor beruang hutan yang garang, terus membisu tak berkata-kata. nasib masih baik jika masih ada gigi geraham yang selamat.
aku hanya ada seperkara mahu diperkatakan.
IT'S OKAY MAN U,
WE BOTH SHOWED A VERY GOOD FIGHT,
WE BOTH PLAYED A WELL CONTESTED GAME,
BUT...
BUT JOHN TERRY,
YOU ARE A LOSER.
...
ramai yang terfikir dan ada yang menelefon aku tertanya-tanya, mengapakah perlunya ada pengelibatannya dalam hal ini karena dia bukanlah pemain dari kedua-dua pasukan ini. namun kenyataan yang dia lakukan 2 hari lepas, menyebabkan kali ini dia kelihatan sangat bodoh. ya, inilah petikan ayat yang disebut olehnya.
dan juga jawapan baik untuk menutup mulut celuparnya itu dan jangan buka mulut banyak sangat, bukannya kau berlakon iklan ubat gigi pun.
petikan ini diambil dari Soccernet ESPN, 23 Oktober 2009. klik di sini untuk melihat kelemahan nyata manusia dari sudut yang lebih jelas.
perbualan 1.
John Terry : I reckon Chelsea's strength in reserve contrasts markedly with a Liverpool team which struggles when they are without Gerrard and Torres. The Reds' depth doesn't match that in the Chelsea squad.
Aku : eh. aku rasa seperti ternampak Steven Gerrard hari ini macam datang-datang terus pakai sut kemas, kemeja dan tali leher sahaja. dia tidak main langsung bukan? alamak. kenapa Liverpool masih lagi menang walaupun begitu!
Aku yang lain : eh biarkan sahaja mulut celupar Terry itu, mungkin dia pelupa. tahun lepas kami buat perkara yang sama juga di Anfield. sepanjang perlawanan tanpa Gerrard dan Torres. masih menang.
perbualan 2.
John Terry : People said we would struggle without Didier, but we didn't. If you take Torres out of their team, who do they bring in? It's difficult.
Aku : aku dengar David Ngog ada jaringkan untuk Liverpool hari ini? betulkah? siapa David Ngog? pemain kelab mana? macam tak pernah dengar pun ya. tapi berjaya turut menjaringkan gol. pelik.
perbualan 3.
John Terry : ...
Aku : aku rasa kau memang lemah. sebab itu semua manusia normal benci Chelsea.
...
kalau tidak main, jangan menyibuk tahu?
jika begitulah perangai kau, maka layaklah kau disamakan sahaja dengan sebiji bola pantai merah yang hina lagi menjengkelkan.
apa-apa pun, kepada semua. kau tak akan jalan seorang diri.
currently into : You'll Never Walk Alone - Liverpool FC
flip flop flap flup



2 komentar liar cuba mengintersepsi:
deja-vu.
itu saja yang boleh aku type.
T-T
it's ok. if u hate John Terry then it will always be ok :P
flip flop flap flup
Post a Comment