Wednesday, October 21, 2009

nafsu kabur (volum 5)

ada-ada sahaja peluang manusia untuk memorak-merandakan lagi kehidupan aku yang terumbang-ambing dek karena hanyui dibuai kesengsaraan bolasepak.

pagi ini giliran sebiji buah pula. buah dari luar negara, bukan buahan tempatan.

...

aku terima lagi mel bukan-bukan awal pagi ini.

namun kali ini bukan lagi dari mamat rawak dari Afrika yang secara drastiknya mengaku sebagai saudara kita dan ajaibnya datang dari keluarga yang maha kaya namun terlibat dalam kemalangan dahsyat maka memerlukan maklumat peribadi dan nombor akaun kita untuk kononnya berkongsi kekayaan tersebut.

ini dari Steve Jobs, mat saleh yang benar-benar kaya.



bila diperbesari, baru aku sedari, mereka telah melancarkan iMac terbaru. kali ini dengan saiz gergasi 27 inci.

ya. aku tak menipu.

27 INCI. jauh lebih besar daripada tulisan yang besar di sebelah ini.

27 inci hanya untuk segugus komputer? bunyinya macam kurang logik. bahkan mungkin ianya jauh lagi besar dari saiz televisyen utama di ruang tamu sesetengah rumah bujang di Malaysia ini, atau mungkin sama besar di ruang tamu itu sendiri.

paling penting, kini harganya sama dengan yang aku baru sahaja beli beberapa bulan yang lepas. sela masa yang sedikit, namun perubahannya amat drastik dan fantastik. cis. menyebabkan aku beberapa kali menelan air liur sendiri secara kontinius ibarat budak pramatang 7 tahun yang baru mencuba untuk menipu dalam berpuasa dengan menelan air liur dalam kuantiti yang banyak supaya hilang dahaga.

lebih nipis, dan yang penting, lihat dalam gambar tersebut, ada lubang kecil di bawah tempat penelanan cakera keras! kini ia mula muncul dengan lubang kad SD!


sekarang kau tahu yang epal berlubang-lubang dengan banyak adalah jauh lebih baik dari epal licin yang kosong.

...

demi mengelakkan perut aku dipenuhi air liur sahaja sepanjang hari, tiba-tiba aku mendapat idea bijaksana yang boleh juga dikategorikan sebagai akal sang kancil.

aku terus ke bandar, dan bermodalkan beberapa euro sahaja, aku yakin aku akan dapat menewaskan Steve Jobs, berbanding taktik kotor beliau untuk memaksa aku mengorbankan lagi beberapa ribu euro lagi, semata-mata untuk mencapai kebesaran 27 inci yang boleh dianggap sebagai moksya dalam arena skrin pengkomputeran.

aku tersenyum jahat selepas pulang.

dua objek murah ini mampu memberi pulangan yang mahal dan kejam.



haha. aku berjaya lebih 15 inci daripada objek baru kau Steve Jobs.


"terasa pandai pula aku ini," monolog hati kecil aku sendiri tanpa mengeluarkan sedikit desibel pun bunyi, memuji kebesaran diri sambil tersenyum bangga.

currently into : Birthday - The Bird And The Bee

flip flop flap flup

4 komentar liar cuba mengintersepsi:

hanafijaafar said...

hotak mung, kaya gilak!

Aidilf Nordin alias Flip said...

kalau boleh jual untuk makan, i will dude.

flip flop flap flup

e-zul Iswhat said...

haha, sanggup.! >.<

Aidilf Nordin alias Flip said...

kau bawa nasi goreng paprik khas dari Malaysia (bukan masak di sini) kau terbangkan cepat dan make sure makanan tersebut tak sejuk.

aku hadiahkan kau 7 inci daripada apa yang aku ada jika kau berjaya.

flip flop flap flup