Saturday, November 21, 2009

if you are chilly, here take my sweater (volum 3)

manusia ajaib ini kembali.

pendek cerita. sepertimana kau dapat dari peti muzik, beginilah kau yang dengari. oh, bahkan aku rasa jauh lebih hebat.


...

"i know you have millions of fans, you tour all around the globe, but one thing for sure. i don't expect you to know or remember my name,"

"..."

"...just keep in mind, that anywhere you go, there will only be us, being the fan who will always steal your drinking water whenever you're doing your show here."

"haha. you guys are weird."

"can we take pictures together?"

"yeah sure why not."

she smiled to the camera.

"oh come on, smiley faces are so lame. let's try something new,"


"how about another weird expression?"

"haha. i'm in."


she said i'm crazy. i said she's adorable anyway.

...

inilah perbezaan menonton konsert Muse dan Ingrid Michaelson.


sudah ada dua. mungkin jika cukup limabelas dia akan jemput kami naik pentas pula.

tekan di sini untuk kisah pencurian botol minuman artis kali pertama.

currently into : Once Was Love - Ingrid Michaelson

flip flop flap flup

Tuesday, November 17, 2009

somebody told me that you still love me

video


everything about this is beyond beautiful.

Quelqu'un M'a dit - Carla Bruni

I’m told that our lives aren’t worth much,
They pass like an instant, like wilting roses.
I’m told that time slipping by is a bastard
Making its coat of our sorrows.
Yet someone told me…

That you still loved me
Someone told me…
That you still loved me.
Well ? Could that be possible?

I’m told that fate makes fun of us,
That it gives us nothing and promises everything,
When happiness seems to be within our reach,
We reach out and find ourselves like fools.
Yet someone told me…

That you still loved me
Someone told me…
That you still loved me.
Well ? Could that be possible?

Well ? Could that be possible?

So who said that you still loved me?
I don’t remember any more, it was late at night,
I can still hear the voice, but I can no longer see the face,
“He loves you, it’s secret, don’t tell him I told you.”
You see, someone told me

That you still loved me
Did someone really tell me?
That you still loved me
Well, could that be possible?

I’m told that our lives aren’t worth much,
Passing in an instant, like wilting roses,
I’m told that time slipping by is a bastard,
Making its coat of our sadnesses.

That you still loved me
Someone told me…
That you still loved me.
Well ? Could that be possible?


and we all agree. french is just being so plain sexy.

...

lets start new, baby.

p/s : yes. she is now Carla Bruni Sarkozy. the first lady of France.

currently into : Quelqu'un M'a dit - Carla Bruni

flip flop flap flup

Monday, November 16, 2009

fast lanes, fast cars

it's amusing to see how fancy real cars are being displayed like toys.




























yes. the last one is up for sale as well.

but don't ever complaint about the surface of the road. blame your edgy tires.

currently into - Here Comes Your Man - Meaghan Smith

flip flop flap flup

Friday, November 13, 2009

salji tidak boleh terus dimakan (volum 3)


baiklah.

sempena ketibaan musim sejuk yang bakal menjelang di negara-negar barat ini, aku secara drastiknya mendapat sumber inspirasi untuk mengarang tentang musim dan kesannya kepada sosiologi kehidupan manusia setempat.

secara spesifisnya, musim sejuk.

kebiasaannya di negara asal sememangnya aku jarang sekali untuk mengalami situasi bercanggah sebegini, karena sepanjang tahun kita hanya ada dua konsekuensi cuaca iaitu hujan atau tidak hujan (adakala terfikir untuk mengaitkan kugiran indie popular Malaysia masakini untuk dijadikan bahan ketawa yang sendiri dirasakan lucu namun aku mula sedar yang ianya sudah hambar dan mudah dipredikasi).

mungkin barangkali situasi bercanggah mengenai perubahan cuaca ini mungkin boleh berlaku contohnya apabila seseorang ini mula menjadi hilang kawalan keseronokan ketika memasuki Snow World Genting Highland (dipaksa bayar mahal untuk mengeksperiensasi pengalaman berada dalam sebiji peti sejuk saiz gergasi). atau apabila seorang manusia yang berdosa besar secara tak sengaja terjejaki diri ke dalam Masjid Kristal di Terengganu (terasa bahang kepanasan dek karena dosa terkumpul) atau lain-lain peristiwa yang berkaitan.

jadi mari aku kongsi bersama tentang kelemahan peradaban di negara musim sejuk ini.

1. kelebihan masa yang melampau. barangkali boleh bayangkan apa yang berlaku apabila kau cuba hilangkan rasa kebosanan apabila malam mula menjelang pada pukul 4 petang.

kau selesai menonton filem. kau pilih filem terpanjang dalam koleksi kau, iaitu filem hindustan muzikal (aku rasa semua filem hindustan adalah muzikal) namun setelah tamat filem tersebut, kau sedari baru masuk pukul 7.

kau cuba lakukan perkara lain. seperti makan dan mandi. makan hanya berlangsung dan tamat setelah makanan habis. dan makan biasanya tidak akan sampai 5 jam karena itu memang tidak ada logiknya. dan mandi yang terlalu lama akan mengundang kata fitnah dan cakap-cakap belakang oleh teman sebilik kau. itu normal. aku pun akan rasa begitu jika kau buat perkara sebegitu.

kau pilih untuk melihat cermin dan merenung masa depan dan bermuhasabah diri. kau mula terasa perbuatan kau itu selepas 2 minit pertama nampak bodoh dan tidak bermatlamat sama sekali.

jam baru pukul 8. malam masih panjang. akhirnya kau jadi gila seperti ini.

video

2. ini berhubung rapat dengan faktor nombor satu sebelum ini. bersangkutan dengan kronologi masa dan saintifik.

dari segi saintifiknya, pada musim sejuk, badan kita akan berfungsi lebih masa untuk membakar semua lemak yang ada pada badan untuk menjana haba yang mampu memanaskan badan. atas dasar itu, kadar metabolisma badan akan menaik secara drastik lantas menyebabkan kita sentiasa memerlukan sumber nutrisi secara konstan melalui pemakanan. ia juga dikatakan mampu menambahkan lagi risiko kanser tulang belakang.

entahlah. aku main tulis secara rambang. kau janganlah main percaya sahaja. namun

dari segi kronologi masa, kebiasaannya di Malaysia, jika anda seorang manusia yang berjenis gemar berjaga lewat malam untuk aktiviti luar kawalan ibubapa, anda akan mula terasa lapar sebaik sahaja malam sudah semakin larut dan bulan mula mengambang.

dan kebiasaannya, di negara asal, anda boleh gunakan kata kunci keselamatan (safe word) seperti "jom mamak" atau "lepak maple" untuk menyelamatkan diri dari kesengsaraan mangsa kebuluran.

namun di sini, kata kunci keselamatan terbabit hanya akan menyebabkan kau nampak bodoh terutamanya bila kau laungkan secara kasual sambil menepuk bahu dari belakang rakan anda yang asalnya memang datang dari negara barat dan tidak pernah sekalipun terjebak dalam kancah kemamakan.

dan mungkin anda akan ditampar tepat di pipi secara kasar jika anda laungkan pula pada kawan anda yang juga berasal dari negara yang sama dengan kita semua, yang juga belajar di luar negara dengan kita, dan juga mengalami masalah yang sama dengan kita. bagi mereka, isu Mamak adalah sangat sensitif, malah lebih sensitif berbanding isu ahli politik membunuh pelacur dengan bom berkuasa tinggi.

3. tiada wanita menarik, cantik serta beperwatakan ceria dan aktif yang dinamakan sebagai Winter. menurut kajian pihak berkenaan, hampir semua wanita bernamakan Winter mempunyai karakter yang dingin (cold, bukan cool) dan sering bermuram durja. secara kontras, wanita bernama Summer seringkali berwatakkan keriangan, cerah (bright), energetik dan aktif bepersatuan. ya. aku mengaku, aku terlalu banyak tonton dan obses kepada Zooey Deschanel.

4. apa gunanya pergi ke parti tanpa mendedahkan kulit. dengan wujudnya dialog-dialog klasik musim sejuk ini, kau tahu sememangnya perasaan berparti pada lain musim jelas tampak berbeza.

"Hey George, kau kelihatan lebih bergaya dengan Long Johns terbaru kau! apakah jenamanya?"

"Hey Jude, kau lihat wanita itu. hodohkan cara dia mengenakan Long Johns itu."

"Hey Santiago Gonzales, kau tahukah bagaimana sakitnya apabila bulu kaki yang meremang dek kesejukan tersangkut pada kuantiti yang banyak pada buluan di Long Johns!"

aku sememangnya bukan peminat Long Johns. tapi terpaksa karena mati kesejukan adalah sangat tidak sejuk (uncool).

oh kepada mereka yang kurang arif tentang apa itu Long Johns, di sini aku sertakan gambar yang dicuri di Wikipedia tentang ikon musim sejuk ini.


info disertakan dalam pautan ini. rajin-rajinlah melayari laman web berilmiah berbanding acap kali berusaha mencari video lucah melayu di laman web yang sememangnya sudah jelas pupus sejak kejatuhan Melayu Boleh. berubahlah bangsaku.

5. merangsang pertumbuhan sikap malas. contoh terbaik adalah, aku malas hendak tulis dengan lebih panjang sekarang ini. sebabnya? sejuk. papan kekunci diperbuat daripada aluminium yang mampu menyerap kesejukan dalam kadar yang tinggi.

...

namun pengkonsuman alkohol dan tembakau berlebihan untuk memanaskan badan adalah kurang relevan dan tidak bertamadun. kau boleh cuba bersandar pada alat pemanas (heater) pada volum maksimum tanpa banyak penambahan dosa terkumpul.

currently into : She's Got You High - Mumm-Ra

flip flop flap flup

Tuesday, November 10, 2009

no talent is actually a talent

these are no William Hung, in fact, they are exponentially way cooler than he was!

i think they didn't do it to be instantly (in)famous overnight, but i think they just want to show the whole world what they really have inside, and massive attention that they deservedly had to attain.

these videos might have been viral before (or long before, because i'm not a primary jobless Youtube permanent stalker), but i just don't care.

and these rare talents are seriously unbelievable. it's like one in a million, or you can exaggerate that to any infinite amount, because i really mean it!

oh, seeing and believing do more justice than hearing me babbling about them. set your seat for the extraordinary infrequent sighting of the millennia.

here's rare talent number one.

video

i have this strange instinct that he is Malaysian. oh. we are so lucky.

and here's the other rare talent.

video

speechless.

because you can just talk because you laugh too much that you don't even have your own moment to take a deep breath.

...

i highly salute your sky high confidence and i hope you guys do well in future, which i guess, so bright, judging from what you are now.

you are way bigger than the idiotic, half gay half she-male Shane Dawson.

he is no fun. you guys are.

currently into : Sugar Town - Zooey Deschanel

flip flop flap flup

Saturday, November 7, 2009

nasi sumber makanan utama orang melayu (volum 7)

sebagai seorang melayu tulen. kita memang arif sangat tentang kepentingan hal sebegini.

nasi, dan sang penciptanya, periuk nasi.

sebagai orang melayu, memang sudah jelas hakikat, yang 3 hari orang melayu tanpa nasi adalah sama sahajalah teruknya seperti 3 hari orang melayu tanpa nasi.


dan memperkenalkan Shuhami 'Solac' Alauddin, periuk nasi aku yang baru.

...

sebagai seorang makhluk pemakan nasi sepenuh masa, objek ini amatlah penting dalam usaha untuk mempermanjangkan lagi kehidupan di negara barat yang penuh dengan godaan ini.

dan sejarah membuktikan bahawa hubungan aku dengan objek ketimuran ini bukanlah baik sangat pun. rekod aku agak kelam.

kali pertama aku belikani diri aku dengan periuk ini, aku hanya sempat menggunakannya hanya seminggu. ya. seminggu. dan hanya kurang dari 4 jam jika dihitung melalui kategori waktu. namun aku berjaya menukar dengan objek sama yang baru setelah kembali ke kedai itu semula, sehinggalah ianya rosak kembali selepas 5 bulan bertugas bersama aku minggu lepas, ketika aku sedang sibuk melobi tentang kemenarikan pemakanan nasi kepada pelajar negara barat.

dan kali ini aku cuba pula model lain. dan harganya lebih mahal €10 berbanding yang dahulu kala. harap-harap ianya €10 kali lebih berkualiti dari dahulu kala.

...

ini mungkin juga antara faktor penarik.


maknanya, jikalau mengikut perancangan keluarga, periuk ini akan kekal dalam institusi kekeluargaan aku sehingga aku tamat fasa ijazah sarjana muda, dengan jaminan dua tahun ini.

lihat apa sahaja yang beliau mampu lakukan. ia juga boleh memasak nasi. turut disediakan cawan mini yang mampu mengisi dan menyukat beras pada satu masa!


lihat sahaja pada kesofistikasian dan keelegenan senduknya.

dengan teknologi geriji tambahan pada permukaan senduk itu, mampu menambahkan geseran supaya nasi yang dicedok tidak akan pernah berpeluang tumpah di lantai, seperti bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.


kehebatan senduk ini jelas terpapar dalam gambar di atas sehingga mampu membuatkan periuk lama nampak kecil dan rendah diri.

dan disertakan sekali objek misterius yang gagal dikenalpasti tujuan kewujudannya.


tapi batang besi terbabit tetap menjadikan periuk baru aku tampak lebih bergaya. mungkin di sini lebihnya harga €10 tersebut.

...

namun dalam usaha mengebumikan periuk nasi lama, aku temui ini dalam keranda lamanya.


kalau aku tahu lebih awal, pasti aku tukar sahaja yang lama dan mampu menjimatkan kewangan aku. periuk lama pun ada jaminannya.

cis.

...

dan periuk nasi aku beraksi dengan cemerlang sekali pada penampilan pertama sehingga mampu memaksa wanita barat ini sanggup membawanya sebagai mangkuk dan terus makan di atasnya, dek karena keanggunan periuk ini yang tiada tandingannya.


dan dia tidak sedar aku masak nasi goreng belacan hari ini.

sebenarnya orang barat boleh sahaja makan belacan. cuma mereka buat-buat sahaja, malu hendak mengaku.

kepada orang melayu yang mengada-ngada tidak suka makan nasi, boleh pergi lah kamu.

currently into : August - Rilo Kiley

flip flop flap flup

Friday, November 6, 2009

if you are chilly, here take my sweater (volum 2)

karena cinta, manusia sanggup buat apa sahaja.


walaupun pencetak pelan gergasi menjadi mangsa.

bukan salah dia, dia bayar apa yang dia perlu bayar. cuma dia lebih kreatif dari orang lain.

...

kurang dua minggu untuk bertemu semula dengan bidadari suara.

currently into : The Call - Regina Spektor

flip flop flap flup

Wednesday, November 4, 2009

kejutan budaya

pembasuhan akal secara kontinius.



cubaan mengaplikasi budaya gangster jalanan, ambilan pertama.


oh kurang bersedia. mengalami masalah karena si penangkap gambar mengira dalam bahasa Sepanyol.

baiklah. ambilan kedua tampak lebih ganas.


dan kali ini cubaan menerapkan budaya keagamaan.

Aaron sememangnya kelihatan seperti pelakon utama filem The Passion of Christ.


cukuplah dengan kejutan budaya. kami bergambar sopan pula.


terus menerus serapan budaya.





(gambar-gambar ihsan Joel Cano sendirian diri)

begitulah jika orang kata, apa yang kau cakap, itulah yang menggambarkan diri kau yang sebenar.

dan apa jadi jika kau tak mampu cakap sepertimana yang kau mahu cakap? kau akan menggambarkan diri kau yang bukan sebenar.

...

pertama kalinya aktif membuka akal dan mulut untuk mencanang idea yang bernas dan berkualiti. dan membuat orang lain ketawa.

pastinya dalam bahasa yang tidak asing.

currently into : The Call - Regina Spektor

flip flop flap flup

Tuesday, November 3, 2009

ketidakfahaman

(antara kesan terlalu banyak melayari internet, kurang melihat sinaran mentari)

memang bagus adanya laman web sosial.

membolekan kita bersosial walaupun walhalnya kita bukannya jenis orang yang gemar bersosial sangat pun. maksud aku, membantu golongan yang gemar bersosial sekadar dari depan komputer.

sebagai contoh, suka berkebun secara maya, suka menjadi mafia secara maya, suka berjudi secara maya (karena tidak perlu mengesahkan keislaman) dan sebagainya.

namun, terdapat perkara yang sering berlaku, dan jarang sekali difahami modus operandinya.

kadang-kala mereka juga sendiri tidak tahu mengapa mereka berbuat sedemikian rupa namun mereka buat juga.

isu 1.
kenapa perlu komen pada tulisan dinding (wall post) sehingga berjela-jela menewaskan karangan fakta bahasa melayu kertas dua? jika kau yang akan tulis di dinding aku, dan kerja aku hanya komen walaupun topik sudah lari jauh, bagaimana pula dinding kau akan penuh?

penjelasan manusia normal : kau tulis secara dinding ke dinding (wall to wall) seperti cara klasik dan matang. komen hanyalah ruangan untuk si pelalu (passerby) yang secara kasualnya ternampak pos yang kau hantari dan terasa untuk menyibuk. itu sebenarnya fungsi asal kemudahan ini.

isu 2.
kenapa wujudnya rasa "wah, hebatnya kau, kau ada ramai sahabat dan teman dari negara barat yang gemar menulis di laman sosial kau" atau "wah kau nampak lebih bergaya dengan adanya teman-teman berkulit putih yang gemar mengajak kau beraktiviti melalui laman sosial"?

penjelasan manusia normal : biasalah itu. mereka pun manusia juga seperti kita. kalau kau sudah belajar di luar negara, dan kerja kau asyik bergelumang dengan manusia sekaum sahaja, baik kau balik dan tinggal di UiTM sahaja karena tempat itu memang sesuai untuk golongan sekaum seperti orang yang dimaksudkan.

isu 3.
kenapa perlu bermain atau sendiri mewujudkan kuiz-kuiz yang langsung tidak menjana pemikiran sihat atau membantu negara menjana sektor ekonomi secara drastik. kuiz-kuiz tidak masuk akal seperti "adakah kau kelantan sejati", atau "berapa banyakkah anda mahukan seks ketika ini" atau mungkin "kenapa anda ingin juga jawab kuiz ini walaupun kau tahu benda ini sampah", amatlah digemari kebanyakan pengguna tetap kaman sosial masakini.

penjelasan manusia normal : bangun dari kerusi (atau katil jika kau bermain komputer sambil baring), padam komputer anda dengan mencabut suis secara kasar (atau sengaja mengeluarkan bateri secara henjut, jika komputer bimbit), atau buang sahaja telefon mudah alih maju kau ke dalam longkang (karena kini ada yang mampu mengakses internet terus dari telefon mahal) dan pergi dapatkan kehidupan (go get a life).

isu 4.
isu ini lebih menyasari golongan wanita. bukan bersikap seksis di sini (pasti ada yang sudah menghenjut kemarahan) namun isu kali ini tentang penggambaran foto penanggalan tudung. sebenarnya aku bukan kisah sangat jika kau sememangnya tidak bertudung (dan cantik lagi seksi) namun kadangkala jika kau sengaja menanggalkan tudung untuk diambili gambarnya dan diletakkan di laman web sosial untuk mendedahkan kononnya kecantikan diri tersembunyi. padahal ianya hanya mendedahkan lagi kebanyakan jerawat di muka dan di dada kau yang tersorok selama ini.

ya. untuk wanita kan? sebab aku yakin hanya sedikit sahaja lelaki bertudung dalam laman sosial yang aku kenali. jangan tuduh aku tak arif beragama pula ya.

penjelasan manusia normal : perangai kau saling tidak tumpah dengan seekor tudung saji yang hanya digunakan untuk menutup makanan sedap dan indah yang tersembunyi di dalam. dan orang akan tolak kau ketepi, hanya untuk menikmati apa yang kau ada di dalam, dan membiarkan kau seperti habis madu sepah dibuang setelah mereka dapat segala apa yang mereka inginkan dari kau.

dan selalunya., wanita tudung saji ini bersikap tidak internasional atau jaguh kampung sahaja. bukan apa, belum pernah lagi aku kenali orang barat yang kenali dan tahui apa itu tudung saji.

isu 5.
kenapa perlu kau tandai (tagging) kawan-kawan kau pada gambar-gambar watak-watak kartun dan pelbagai lagi yang tiada kaitan (jika gambar yang menarik,), dan jelas menampakkan kesindrompramatangan kau, dengan harapan, dapat menarik perhatian kawan-kawan untuk menegur kau? dan memaksa rakan yang ditandai perlu mengemas peti masuk oleh kemasukan notifikasi mengarut.

penjelasan manusia normal : jika kau ingin buat juga, kau ambil gambar seksi yang dirasakan boleh mengakibatkan ereksi (boleh cuba Megan Fox di hadapan sebuah Chevrolet Camaro 1976, sebagai contoh) dan tag rakan-rakan yang alim dan ustaz kau. pasti kau akan dapat komen kilat yang pantas, membina lagi memberangsangkan.

...

kesimpulannya, dapatkan kehidupan.

komputer hanya untuk senyum seketika. sila senyum lebih dalam kehidupan sebenar.

currently into : August - Rilo Kiley

flip flop flap flup

Saturday, October 31, 2009

kamu tidak akan berjalan seorang diri (volum 9)

(did he wore any eerie costume? i didn't notice at all)

trick or treat?

i didn't have anything to offer for the treat, so Rafa gave me real horrible Halloween's tricks instead.

...

trick one:

letting in a goal after ultimately conquering most the possession of the ball. just let them get the ball once, let them attack once, and let them try to hit the target once. and they did found the back of the net, which occurred less than 53 seconds.

trick two:

cleverly replacing the two of the most creative talents on the field (the only two, i should say, because the rest were resembling the Malaysian football team, after their marriage with celebrity wives and bribing scandals) with some raw and immature anonymous, after you were trailing behind and the time was ticking down to its final moment.

trick three:

two sending offs. i should revise the rule book once again to see if tackling down a non living pitch or grasses seems really obscene and utterly harsh for the beautiful game of football. i think the referee must had been a nature freak or, maybe a tree! who dramatically evolves itself into a human to spy on our weaknesses before they could gather all the trees in the whole wide world and would start a war against the mankind!

...

thanks for the nightmare.

i should probably switch to synchronized swimming immediately.

currently into : Lloyd, I'm Ready to Be Heartbroken - Camera Obscura

flip flop flap flup

Tuesday, October 27, 2009

musik musik

time for musical rant.

there's actually one nice thing about being here.

at least i can live up my dreams of seeing my favorite acts doing their live performance right in front of my eyeballs, without somebody has to generously ask them to watch out for their short skirts, unethical dance moves, exposed breasts or whatever that their caveman's mind thinks that will lead to unsafe sex, and drug abuse. lame.

...

first, i won't be going to Tegan & Sara's gig in München this coming November, because i'm going to spare that for someone special. so in case you read this, please marry me, so you can come here and live with me in Europe and do whatever we love to do without being silently recorded by some so called religious act and put it all up on YouTube.

by the way, i did noticed that one of the twin (i couldn't be sure of which one, till now i had a huge complication on comparing them) really looks like Alyssa Milano while watching the making of their brand new single which had just released today. hello Rapidshare (don't blame me for this, i still however have most of their CD's).

this is Tegan Quinn.


and this is the hot vampire slayer babe, Alyssa Milano


cakap sama sudah. penat aku upload ini.

now who says they don't look good? just because they have different style doesn't mean that they are not pretty. it is cool, i might say. unlike you skinny bitches straight smelly ironed (overburnt) hair.

...

number two, i'm pretty unsure about the word that i might best use to explain my situation here. i'm glad but simultaneously feeling rather disappointed for knowing that my girlfriend number 2, Little Boots (i love it when she never reveals our love story in public), had cancelled all of her German Tour. currently there are no reasons stated behind these sudden annulment, but Ingrid's coming in once again for her new album's promo tour. nak tahu cari sendiri, because i think i would rather hate it when everybody puts up his or her profile picture with Ingrid all at one exact time.

oh my god. i had just lost my chance of having two wonderful ladies in a single week.

...

number three, this is a cool, unusual one. have you ever think of what will happen, if the non living things tend to have feelings like a normal human like me and most of you (think twice, John Terry) and do all the things like we do, particularly, FALLING IN LOVE.

imagine a banana, and a lemon. they meet and the love is in the air. okay, right, stop. i shouldn't have asked you to imagine about love, especially when there's a banana.

see the tragic love story of fruits in The Bird and The Bee's music video, My Love.

you can either play it here, or if you are in the peaceful country of Malaysia, please browse yourself in YouTube because i know exactly how you feel about waiting the video to stop buffering. i never blame you for that. blame the one you had previously voted for. they're all big fat liar.

video

but it finally turned up to be, not the real official music video. it's just some random production, using the band's song for their video assignment, but it's a good one though.

and this video just makes me even hungrier.

currently into : If Looks Could Kill - Camera Obscura

flip flop flap flup

Monday, October 26, 2009

sweet dream

this is exactly just like what i have been dreaming of for so long.

a dream getaway in a place called heaven on earth, for just you and me.

and the song is just, so impeccably perfect, and so soothing.

if we as a human being could be given an opportunity to pick up a song as the theme soundtrack for your sweet dreams, i would simply play this.

video
(French Navy - Camera Obscura)

this is why i choose Europe over the States, Japan, Sri Lanka or wherever that make sense.

it's just so romantic, peaceful and antiquated.

...

someday the time will come for all of these to happen, and we will start to laugh about all the things that we have been through together.

Farah Fazanna, i know the time will come.

currently into : French Navy - Camera Obscura

flip flop flap flup

Sunday, October 25, 2009

kamu tidak akan berjalan seorang diri (volum 8)


tiada lagi bola pantai merah. hanya belon merah tanda kemenangan dan kegembiraan.

tidak ada yang lebih manis daripada bangkit dari segala kekalahan, tohmahan liar dan cakap-cakap belakang pada pemasaan yang tepat.

masanya sungguh perfek. barangkali, selepas perlawanan tadi, mana-mana pihak pun tidak boleh lagi memperbanyakkan bunyi, dan baik tumpukan perhatian kepada apa yang bakal berlaku karena musim masih panjang.

keputusan tadi ibarat seorang manusia si mulut becok yang ditampar kuat oleh seekor beruang hutan yang garang, terus membisu tak berkata-kata. nasib masih baik jika masih ada gigi geraham yang selamat.

demi untuk tidak mencari sebarang punca pergaduhan atau pelepasan kata-kata mulut yang lancang yang barangkali mungkin akan menyakiti mana-mana pihak, aku memilih untuk tidak memberi sebarang komentar panas terhadap perlawanan tadi.

aku hanya ada seperkara mahu diperkatakan.

IT'S OKAY MAN U,
WE BOTH SHOWED A VERY GOOD FIGHT,
WE BOTH PLAYED A WELL CONTESTED GAME,

BUT...

BUT JOHN TERRY,
YOU ARE A LOSER.

...

ramai yang terfikir dan ada yang menelefon aku tertanya-tanya, mengapakah perlunya ada pengelibatannya dalam hal ini karena dia bukanlah pemain dari kedua-dua pasukan ini. namun kenyataan yang dia lakukan 2 hari lepas, menyebabkan kali ini dia kelihatan sangat bodoh. ya, inilah petikan ayat yang disebut olehnya.

dan juga jawapan baik untuk menutup mulut celuparnya itu dan jangan buka mulut banyak sangat, bukannya kau berlakon iklan ubat gigi pun.

petikan ini diambil dari Soccernet ESPN, 23 Oktober 2009. klik di sini untuk melihat kelemahan nyata manusia dari sudut yang lebih jelas.


perbualan 1.

John Terry : I reckon Chelsea's strength in reserve contrasts markedly with a Liverpool team which struggles when they are without Gerrard and Torres. The Reds' depth doesn't match that in the Chelsea squad.

Aku : eh. aku rasa seperti ternampak Steven Gerrard hari ini macam datang-datang terus pakai sut kemas, kemeja dan tali leher sahaja. dia tidak main langsung bukan? alamak. kenapa Liverpool masih lagi menang walaupun begitu!

Aku yang lain : eh biarkan sahaja mulut celupar Terry itu, mungkin dia pelupa. tahun lepas kami buat perkara yang sama juga di Anfield. sepanjang perlawanan tanpa Gerrard dan Torres. masih menang.


perbualan 2.

John Terry : People said we would struggle without Didier, but we didn't. If you take Torres out of their team, who do they bring in? It's difficult.

Aku : aku dengar David Ngog ada jaringkan untuk Liverpool hari ini? betulkah? siapa David Ngog? pemain kelab mana? macam tak pernah dengar pun ya. tapi berjaya turut menjaringkan gol. pelik.


perbualan 3.

John Terry : ...

Aku : aku rasa kau memang lemah. sebab itu semua manusia normal benci Chelsea.

...

kalau tidak main, jangan menyibuk tahu?

jika begitulah perangai kau, maka layaklah kau disamakan sahaja dengan sebiji bola pantai merah yang hina lagi menjengkelkan.

apa-apa pun, kepada semua. kau tak akan jalan seorang diri.

currently into : You'll Never Walk Alone - Liverpool FC

flip flop flap flup

Saturday, October 24, 2009

i am the time traveler (volum 2)

logically, time traveling is never been plausible, it's way out of our mind.

look what happened to those who were dying to excessively pushing their brain's limit just to study on how traveling through time can make possible. in most cases they would tragically ended up being so pathetic on a high tech wheelchair like Stephen Hawking. you even had a machine to help you speak. hopefully the machine is not operating with Windows Vista or else you would be speaking out the words ten minutes late than they intended to be. blue screen. crash. you die. virus wins.

or at least you would simply kill yourself because you just couldn't stand the extreme pressure from the people around you, when you had a weird futuristic hairstyle like Einstein.

you might claim that your hair did look cool, you know, out-of-bed messy hairdo, but some superstitious oldies would rather think of that as the 'Rambut Kerinting Syaitan' and thought that you were dealing with evil spirit. the last thing you knew was, you were chased out of the town by all of the rampaging crowds and you decided to hang yourself instead of dying slowly being sodomized with a very long pole that one of them was holding.

okay, that's too much. but you know what i mean.

before you could travel through time, your time was up. ironic. makes you sound like a sore loser.

absurd.

but last night, i did travel through time.

in fact, i wasn't alone.

some of us did too.

...

we didn't really go back to the past, or, dissolved into the distant future where all the cliche of robots versus humans is currently the highlight of the world that day. no.

i just stopped the time.

at 2 am. my clock stopped ticking.

not even a single second. or millisecond of the second. or even another tinier micro nano michelangelo donatello version of that second.

it lasted for an hour, before it could move itself like normal.

practically, i have 25 hours in a day to spend today.

...

so, when you hear people say that, whenever you are alone and lonely, the time moves so slow, this time around, i could feel it to believe it.

in my case, it stops.

it means, i miss you, oh so badly.


now we are 7 hours apart. i hope that it will never be harder on us.

"I hate to be where she is not, when she is not.
And yet, I am always going, and she cannot follow."

Henry, The Time Traveler's Wife

currently into : Broken - Lifehouse

flip flop flap flup

Thursday, October 22, 2009

kira-kira mudah


aku biasanya jarang menyentuh tentang isu politik, pergelutan kaum mahupun perdebatan mengenai hukum pembedahan plastik itu halal atau haram di dalam penulisan blog ini.

bagi aku, perkara sebegini sangat subjektif, tiada siapa yang boleh meyakinkan seluruh umat manusia yang dia benar atau benar. tiada opsyen nampaknya.

namun bukan matematik.

matematik adalah suatu yang jelas, tepat, dan tidak boleh dipertikaikan lagi jika ianya tepat.

2 tambah 2 akan sentiasa jadi 4 dan tidak mungkin 46, atau 4.0342 walaupun ianya hampir, dan juga pasti bukan 2 + 2 = 5 sepertimana yang diwar-warkan oleh Radiohead dalam album mereka yang lepas.

oleh itu, mari kita janakan sedikit minda.

...

bayangkan satu situasi yang dahsyat dan petir sabung-menyabung.

katakan kau bapa/emak (sila pangkah watak yang diingini). kau ada sepuluh orang anak. dan kau telah memperuntukkan RM10 wang bulanan bagi setiap seorang. maka dalam bajet kau, pastinya kau akan sediakan RM100 untuk hal ini.

tiba-tiba, pada suatu hari yang damai, seorang anak kau mula datang dan menuntut wang bulanannya untuk digunakan.

dan kau menjawab : "maaf, peruntukan kali ini tidak mencukupi, kau haruslah bersabar sehingga bapa/emak (sila pangkah watak yang diingini) mendapat peruntukan baru untuk kau meminta wang yang kau perlukan itu,"

...

soalan berbunyi begini : dimana nerakakah perginya wang dalam peruntukan itu sehingga menyebabkan anak tersebut gagal mendapatkan haknya?

klu : anak tersebut mungkin namanya bermula dengan Shuhaimi.

...

fikir-fikirkanlah.

ok. abaikan klu tersebut. tiada kaitan. sengaja memanjangkan entri ini.

oh ya, gambar itu sekali.

oh entri ini sekali. sengaja berbual sampah. tiada kaitan dengan dunia realiti.

currently into : Witch - The Bird And The Bee

flip flop flap flup

Wednesday, October 21, 2009

nafsu kabur (volum 5)

ada-ada sahaja peluang manusia untuk memorak-merandakan lagi kehidupan aku yang terumbang-ambing dek karena hanyui dibuai kesengsaraan bolasepak.

pagi ini giliran sebiji buah pula. buah dari luar negara, bukan buahan tempatan.

...

aku terima lagi mel bukan-bukan awal pagi ini.

namun kali ini bukan lagi dari mamat rawak dari Afrika yang secara drastiknya mengaku sebagai saudara kita dan ajaibnya datang dari keluarga yang maha kaya namun terlibat dalam kemalangan dahsyat maka memerlukan maklumat peribadi dan nombor akaun kita untuk kononnya berkongsi kekayaan tersebut.

ini dari Steve Jobs, mat saleh yang benar-benar kaya.



bila diperbesari, baru aku sedari, mereka telah melancarkan iMac terbaru. kali ini dengan saiz gergasi 27 inci.

ya. aku tak menipu.

27 INCI. jauh lebih besar daripada tulisan yang besar di sebelah ini.

27 inci hanya untuk segugus komputer? bunyinya macam kurang logik. bahkan mungkin ianya jauh lagi besar dari saiz televisyen utama di ruang tamu sesetengah rumah bujang di Malaysia ini, atau mungkin sama besar di ruang tamu itu sendiri.

paling penting, kini harganya sama dengan yang aku baru sahaja beli beberapa bulan yang lepas. sela masa yang sedikit, namun perubahannya amat drastik dan fantastik. cis. menyebabkan aku beberapa kali menelan air liur sendiri secara kontinius ibarat budak pramatang 7 tahun yang baru mencuba untuk menipu dalam berpuasa dengan menelan air liur dalam kuantiti yang banyak supaya hilang dahaga.

lebih nipis, dan yang penting, lihat dalam gambar tersebut, ada lubang kecil di bawah tempat penelanan cakera keras! kini ia mula muncul dengan lubang kad SD!


sekarang kau tahu yang epal berlubang-lubang dengan banyak adalah jauh lebih baik dari epal licin yang kosong.

...

demi mengelakkan perut aku dipenuhi air liur sahaja sepanjang hari, tiba-tiba aku mendapat idea bijaksana yang boleh juga dikategorikan sebagai akal sang kancil.

aku terus ke bandar, dan bermodalkan beberapa euro sahaja, aku yakin aku akan dapat menewaskan Steve Jobs, berbanding taktik kotor beliau untuk memaksa aku mengorbankan lagi beberapa ribu euro lagi, semata-mata untuk mencapai kebesaran 27 inci yang boleh dianggap sebagai moksya dalam arena skrin pengkomputeran.

aku tersenyum jahat selepas pulang.

dua objek murah ini mampu memberi pulangan yang mahal dan kejam.



haha. aku berjaya lebih 15 inci daripada objek baru kau Steve Jobs.


"terasa pandai pula aku ini," monolog hati kecil aku sendiri tanpa mengeluarkan sedikit desibel pun bunyi, memuji kebesaran diri sambil tersenyum bangga.

currently into : Birthday - The Bird And The Bee

flip flop flap flup

Tuesday, October 20, 2009

kamu tidak akan berjalan seorang diri (volum 7)

dalam kepiluan untuk berusaha menelan hakikat yang pasukan kegemaran hidup mati aku mula mempamerkan aksi budak-budak amatur Liga Felda dalam perlawanan-perlawanan maha penting, maka aku cuba menghalang diri sendiri daripada menyelak laman-laman web yang berunsurkan permainan gay ini.

namun aku gagal.

bahkan, aku jumpa pula artikel kurang matang sebegini, cis.


peminat United bersiap sedia harungi amukan pantai?
apa nerakakah yang cuba dimaksudkan ini?


mari aku alih bahasakan. nanti orang kampung mula cakap belakang, yang aku pergi belajar ke luar negara, tapi tiada sumbangan kepada masyarakat.

"Dalam masa sejam (pemberian hadiah sengaja) kekalahan Liverpool 1-0 kepada Sunderland, ihsan daripada gol pantulan oleh segugus bola pantai yang dibalingi ke dalam padang oleh seorang peminat, kedai rasmi barangan bolasepak kelab terbabit telah kehabisan stok bola pantai selepas rusuhan tempahan internet. "

sarikata : Aidilf Nordin
...

komen aku, baik untuk ekonomi. perkembangan yang amat sihat.

pada hemat aku, Liverpool sepatutnya menghasilkan lagi lebih banyak bola pantai dengan skala dan spesifikasi yang sama secara penghasilan mega (mass production).

dari segi pengalaman aku dalam akauntansi (kemahiran menulis buku lejar dalam Kemahiran Hidup tingkatan 3), hasil penjualan secara masif berikut, dalam kira-kira setahun, mampu memampukan Liverpool untuk membeli pemain-pemain berkualiti untuk memperkuati pasukan seperti Lionel Messi, Nani, Azman Adnan yang pandai menari, Tal Ben Haim mahupun membeli semula Momo Sissoko yang pasti mampu mengubah nasib malang ini.

cis.

currently into : Meteor - The Bird And The Bee

flip flop flap flup

Saturday, October 17, 2009

kamu tidak akan berjalan seorang diri (volum 6)

okay, you're just pushing me too much. now you have to face the unbearable outcome.

whether you like it, or not, i just don't give a damn about what will happen.

...

what you did today was totally inappropriate and unacceptable. i could never imagine there would be another existing creature that could bring us such an unthinkable damage and eternal suffering, like you did.

you might say, it was not your fault.

that just don't cut it.

okay, you might say, you're a victim of being in the wrong place in the wrong time.

i just want to say,

i'm not trying to be mean, but come on dude, there are so many wonderful places on earth that you are belong to.

Caribbean's, lazy sunshine by the shores of Barcelona, or just randomly pick up any popular spots in Brazil that has astronomically way more populations of naked people jam-packed in one place than any other places that you could ever imagine in this world.

they are beaches everywhere. god spares them for something weird and round like you. just go there, and stay there.

that is where you should be, that is where you really belong.

got me?

ugh.

i hate it when i have to tell everybody what to do.

...

see. there you go nosy.

you even had a Liverpool's logo on you, so i couldn't blame anyone else except you non-living idiot.


(pictures from Getty Images, http://soccernet.espn.go.com. Balloon bursts Reds' hopes. Read here)

i hate you big red ultimately ugly bouncing extremely disturbing utterly annoying beach ball.

tell me why on earth should you be on a football pitch?

i can't think of a relevant reason. it's just, absurd.

you're so sick, you son of a beach (ball).

currently into : Sweet Darling - She & Him

flip flop flap flup

Friday, October 16, 2009

nafsu kabur (volum 4)


nobody, not even an innocent humanly speaking dog or insect, can tell you that you're cool, unless you have yourself one of this.

classic.

Diana F+. sweeter than the camera used by the paparazzi who infamously caused Princess Diana's death.

i should start seeking the German vocabulary for film rolls because i might need them.


currently into : Sweet Darling - She & Him

flip flop flap flup

Tuesday, October 13, 2009

thank you


baiklah. kepada semua pembaca setia atau curang blog ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap sokongan yang telah anda berikan sejak dahulu lagi. siapa sangka akhirnya blog ini mampu mencecah tahap ini.

tidak pernah terlintas di fikiran.

...

namun begitu seharusnya aku meminta maaf jikalau nukilan baru-baru ini lebih banyak berunsurkan hati dan perasaan, tiada lagi nukilan-nukilan yang mengupas isu-isu dunia atau berkaitan dengan kau semua.

mungkin inilah yang digelarkan selama ini "writer's block" atau dibahasakan sebagai darah beku sang penulis (bahasa melayu sentiasa kelihatan lebih dramatik, bukan?). mungkin jika diberikan sedikit masa aku akan mula menulis lagi semula.

menulis apa yang aku suka!

this is my blog dude. my own space. not trying to entertain nor to piss someone off.

just random rants and whatever flows over my head, captured either by words or if i am lucky enough, we will get to see it visually.

but it would be lovely if i can write those kind of entries, like the hate lists and anything like that again, right?

...

so it would be such an enormous pleasure to appreciate all of your endless supports and whatever you would have done like, accidentally clicked on my page and decided to steal my solo picture. or anything similar to that. thank you very much.

i am so proud that it has finally come to this.

what am i celebrating of, anyway?

hey, i had just finished writing a post after light years long! finally ada idea!

currently into : Sweet Ballad - Munchausen By Proxy feat. Zooey Deschanel

flip flop flap flup